'Where to next?' Status minta izin isteri bintang Sabah cetus spekulasi, Penang-NSFC mungkin jawapan


  • Podium
  • Rabu, 30 Apr 2025

Irfan merekodkan 58 perlawanan bersama Sabah sejak menyertai Sabah pada 2022. — Instagram/IrfanFazail

SABAH FC dikhabarkan bakal kehilangan banyak pemain berpengalaman pada musim depan dengan beberapa nama tonggak sedia ada sudah dikaitkan dengan pasukan baharu sama ada tempatan mahupun luar negara.

Antara nama besar sudah menjadi perbualan penyokong adalah perpindahan penyerang sayap Indonesia, Saddil Ramdani yang dikatakan kembali ke tanah air apabila menerima tawaran untuk beraksi bersama Persib Bandung dalam saingan Liga 1.

Selain Saddi, seorang lagi pemain akan meninggalkan The Rhinos ialah Irfan Fazail apabila tonggak tengah berkenaan memberi petunjuk bakal mengucapkan selamat tinggal menerusi kapsyen yang dimuat naik di Insta Story. 

BACA LAGI: Kedah-Sri Pahang-Sabah FC antara kelab paling banyak 'own goal' musim ini

BACA LAGI: 'Setia hujung nyawa', JDT-Selangor-Sabah catat purata kehadiran penyokong tertinggi dalam Liga Super

Anak jadi Pontian, Johor berkenaan memuat naik foto bersama rakan sepasukan Sabah FC dengan kapsyennya 'Terima kasih Sabah FC 2022, 2023, 2024/25' yang disifatkan sebagai tanda penghargaan selama tiga musim. 

Spekulasi mengenai perpindahan pemain berusia 34 tahun itu semakin hangat diperkatakan apabila hantaran keduanya disertakan kapsyen 'where to next?' (ke mana selepas ini?) sambil meletakkan nama isterinya, Nadia Zuber. 

Meskipun tidak menyebut destinasi seterusnya, Penang FC boleh memantau Irfan selepas Harimau Kumbang juga sedang giat memperkukuh barisan pemain bagi menghadapi musim baharu, khususnya di bahagian tengah yang memerlukan suntikan kreativiti dan ketenangan. 

Irfan yang dikenali dengan gaya permainan bijak dan kemampuan mengawal tempo perlawanan dilihat sebagai pilihan ideal untuk mengisi kekosongan di bahagian tengah Harimau Kumbang. 

Tangkap layar Insta Story Irfan. 

Selain Penang FC, Negeri Sembilan FC yang difahamkan akan dikendalikan oleh Nidzam Jamil pada musim depan juga dikatakan antara pasukan yang sesuai menjadi destinasi baharu buat Irfan. 

Kelab yang pernah mencipta kejutan pada musim-musim lalu ini sedang berusaha membina semula pasukan lebih kompetitif, dan pengalaman Irfan boleh menjadi aset penting dalam usaha tersebut. 

Untuk rekod, Irfan merekodkan 58 perlawanan bersama Sabah sejak menyertai kelab Borneo tanah air itu pada 2022. Selain itu, Irfan juga mencetak empat gol dan satu bantuan jaringan sepanjang tiga musim menyarung jersi Sabah. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram