
SAINGAN Liga Super musim 2024/2025 sudah pun berakhir dengan sekali lagi, Johor Darul Ta'zim (JDT) menikmati kejuaraan.
Tetapi tahukah anda? Sepanjang musim, sebanyak 14 gol sendiri dihasilkan dengan hampir kesemua 13 kelab terlibat dalam pembikinan statistik itu.
Persoalannya, kelab mana yang paling malang menghasilkan gol sendiri dengan banyak musim ini? Sama-sama kita saksikan.
BACA LAGI: Sukar saingi Syihan di JDT, Haziq Nadzli ada 3 jalan keluar kembang karier
BACA LAGI: ‘Pray for Kedah’, cinta bekas import Sang Kenari masih mekar, sempat titip doa
Kedah Darul Aman FC
Kelab yang dihimpit masalah kewangan sejak awal musim, Kedah Darul Aman FC merupakan juara dalam menghasilkan gol sendiri dalam liga musim ini.
Kelab Utara itu mengharungi musim penuh menghampakan dan statistik itu membuatkan kempen mereka bertambah buruk.
Wan Amirul Afiq antara penyumbang statistik gol sendiri Kedah musim ini.
Berdasarkan statistik, Kedah menghasilkan tiga gol sendiri sepanjang musim dan itu mengatasi jumlah oleh kelab lain.
Hazrie Zulhadi, Fadzrul Danel dan Wan Amirul Afiq antara penyumbang gol sendiri oleh Kedah.
Sri Pahang FC
Finalis bagi Piala Malaysia musim ini turut mengalami musim yang penuh pancaroba dalam usaha bersaing dengan kelab-kelab lain.
Walaupun menamatkan musim dengan nota baik, namun Sri Pahang FC tidak dapat melarikan diri daripada fakta yang kelab mereka antara yang menghasilkan gol sendiri terbanyak musim ini.
Stefano Brundo.
Mengikut statistik, Sri Pahang menghasilkan dua gol sendiri dan ia menjadikan mereka kelab kedua terbanyak menghasilkan jaringan malang itu.
Ketua pasukan, Stefano Brundo dan penjaga gol Zarif Irfan menyumbang kepada statistik itu.
Sabah FC
Tanpa diduga, kelab Borneo iaitu Sabah FC turut berada dalam senarai sebagai antara kelab paling banyak menghasilkan gol sendiri musim ini.
Mereka yang berjaya meraih tempat ketiga berjaya memastikan potensi beraksi dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara menjadi milik mereka walaupun Sang Badak turut berdepan krisis kewangan.
Ko Kwang-min (kiri) menjaringkan gol sendiri untuk Sabah.
Seperti Sri Pahang, Sabah turut mencatatkan dua gol sendiri musim ini dengan kedua-duanya terhasil menerusi pemain pertahanan.
Rawilson Batuil dan Ko Kwang-min merupakan dua pemain yang menyumbang kepada statistik itu buat Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram