
BEKAS import Kuching City FC, Sudi Abdallah berdepan kemelut kewangan apabila dilaporkan tidak menerima gaji selama lima bulan ketika beraksi bersama kelab PSIS Semarang di Liga 1 Indonesia.
Perkara itu didedahkan menerusi satu hantaran di laman Instagram palatao_bola, yang turut mendedahkan bahawa masalah kewangan serius sedang melanda kelab berkenaan.
Situasi tersebut bukan sahaja menyebabkan pemain seperti Sudi tidak dibayar, malah turut mendorong ramai pemain import meninggalkan kelab, selain menyaksikan ketua jurulatih pasukan itu dipecat.
BACA LAGI: Sukar tembus '1st Eleven', hanya panaskan bangku simpanan antara resahkan fans TFC andai Safawi Rasid kembali ke JDT
BACA LAGI: Penang FC bercita-cita besar ke pentas Asia, siap ada 'bayangan' skuad utama musim depan
Sudi Abdallah sebelum ini pernah menabur bakti bersama The Cats. — Facebook/abdallah Sudi
"Derita di kelab Liga Indonesia. PSIS Semarang hadapi masalah gaji sehingga lima bulan menjadi ramai import tinggalkan kelab dan jurulatih dipecat.
"Sudi Abdallah yang beraksi di Kuching City pada 2023 juga menjadi mangsa di liga bawah dari Singapura dan Filipina," katanya.
Penyerang berketinggian 1.80 meter itu sebelum ini pernah menabur bakti bersama The Cats pada musim 2023.
Bersama The Cats, Sudi Abdallah telah membuat lapan penampilan dan berjaya menjaringkan satu gol.
Situasi yang menimpa Sudi Abdallah menjadi satu lagi contoh nyata betapa seriusnya isu kewangan yang melanda sebahagian kelab bola sepak di rantau Asia Tenggara.
Ketidakmampuan untuk melunaskan tanggungjawab terhadap pemain bukan sahaja menjejaskan reputasi kelab, malah turut menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawab pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan pemain dijaga dengan sewajarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram