Tersenyum bersama, Salah bagi ‘hint’ jelas TAA kekal di Liverpool?


  • Podium
  • Rabu, 23 Apr 2025

Alexander-Arnold (kiri) dan Salah (kanan) dijangka akan terus kekal di Liverpool.

SITUASI kontrak melibatkan pemain pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold melihatkan perkembangan positif membuatkan penyokong The Reds.

Dengan perkembangan mengatakan Alexander-Arnold dia dijangka kekal di Liverpool dan melupakan Real Madrid, ia memberikan harapan buat penyokong menjelang mereka menyambut kejuaraan liga ke-20.

Dalam masa yang sama, pemain sayap, Mohamed Salah mula memberikan pentanda cukup besar yang mungkin membawa berita gembira buat penyokong Liverpool.

BACA LAGI: TAA mungkin kekal di Liverpool, buat 'U-turn' angkara Carlo Ancelotti

BACA LAGI: Lepas cuba hasut TAA, fans khuatir Bellingham kini 'cucuk' prospek Liverpool pula ke Real Madrid

Hal ini kerana, Salah menerusi laman media sosialnya memuat naik gambarnya bersama-sama Alexander Arnold dipercayai selepas latihan.

Kedua-duanya kelihatan tersenyum gembira dan itu membuatkan penyokong Liverpool bermimpi, adakah anak jati Merseyside itu akan terus setia di Anfield?

Gambar yang dimuat naik oleh Salah itu mungkin menjadi petanda besar kepada isu kontrak Alexander-Arnold. Tapi, mungkin saja tidak.

Hal ini kerana, lazimnya Salah akan memuat naik gambarnya bersama penjaring gol Liverpool selepas perlawanan. Sebagai rekod, Alexander-Arnold merupakan penjaring tunggal The Reds semasa mengalahkan Leicester City pada Ahad.

Jadi, ia mungkin sekadar amalan biasa Salah. Namun begitu, dia selalu melakukannya pada selepas perlawanan. Tetapi kali ini, ia dimuat naik beberapa hari selepas perlawanan.

Liverpool boleh meraih gelaran liga sekiranya berjaya menewaskan Tottenham Hotspur pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram