
SELEPAS lama berdepan spekulasi masa depan tidak menentu, Liverpool akhirnya berjaya mengesahkan bintang mereka, Mohamed Salah kekal di kelab untuk beberapa tempoh.
Perkara tersebut disahkan oleh kelab itu sendiri pada Jumaat dengan Salah bersedia untuk kekal di kelab "melebihi musim 2024/2025".
Selain Salah, kapten Liverpool, Virgil van Dijk juga dilaporkan melanjutkan kontrak di Anfield untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi.
Dalam kenyataan dikeluarkan Liverpool, mereka tidak menyatakan secara jelas berapa lamakah bintang Mesir itu akan bersama mereka. Namun, laporan terdahulu mendapati Salah akan bersama The Reds untuk dua tahun lagi.
BACA LAGI: Salah-Van Dijk ‘sign’ kontrak 2 tahun, tolak tawaran lumayan kelab Arab Saudi
BACA LAGI: Dilabel juara tak semenggah, rekod jadi bukti Liverpool berhak rangkul EPL
"Mohamed Salah, yang menikmat kempen cemerlang bersama The Reds, menandatangani kontrak baharu untuk meneruskan kariernya.
"Berita pada Jumaat akan memanjangkan tempoh lapan tahunnya di Anfield dan membantu skuad Arne Slot dalam mencabar pelbagai kejuaraan utama bola sepak," kata Liverpool.
Bagi Salah, pemain itu mengakui yang dia bermain bola sepak terbaik dalam kariernya bersama Liverpool. Keputusannya untuk kekal adalah sebagai tanda komitednya kepada kelab dan penyokong untuk memburu pelbagai kejuaraan.
"Semestinya saya sangat teruja. Kami adalah pasukan yang hebat sekarang. Sebelum ini juga kami ada pasukan yang hebat. Tapi saya kekal kerana kami adalah peluang untuk memenangi trofi dan menikmati bola sepak saya.
"Ia hebat. Saya menikmati masa terbaik saya di sini. Saya bermain selama lapan tahun, harapnya ia akan menjadi 10. Saya menikmati hidup saya di sini, menikmati bola sepak saya. Saya mempunyai tahun-tahun terbaik dalam karier saya.
"Saya ingin katakan kepada penyokong, saya amat-amat gembira di sini. Saya kekal di sini kerana saya yakin kita boleh memenangi banyak trofi utama bersama. Teruskan menyokong kami dan kami akan berikan yang terbaik, saya harap di masa akan datang kami akan memenangi lebih banyak trofi," kata Salah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram