[VIDEO] Arne Slot balas budi, ketuai 'chant' Jurgen Klopp rai Liverpool juara EPL


  • Podium
  • Isnin, 28 Apr 2025

Slot menyanyi nama Klopp selepas Liverpool sah bergelar juara EPL.

LIVERPOOL sah bergelar juara England buat kali ke-20 selepas memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Kemenangan 5-1 ke atas Tottenham Hotspur di Anfield mengesahkan kejuaraan buat The Reds dan ia menafikan pencabar terdekat, Arsenal untuk memintas.

Pemain, staf kejurulatihan dan penyokong Liverpool sudah berpesta untuk meraikan kejayaan itu dengan pengendali, Arne Slot merangkul kejuaraan pada musim pertamanya di England.

BACA LAGI: Tersenyum bersama, Salah bagi ‘hint’ jelas TAA kekal di Liverpool?

BACA LAGI: Siap ada tatu 'YNWA', bintang Sepanyol seakan tawar diri perkuat Liverpool

Walaupun upacara menjulang trofi kejuaraan belum diadakan, namun sambutan awal sudah dilakukan sebaik saja perlawanan tamat.

Malah, Slot sendiri mencuri tumpuan dalam ucapannya selepas sah bergelar juara EPL dengan membalas budi terhadap bekas pengurus, Jurgen Klopp.

Ketika memberikan ucapan, Slot mengajak seluruh penyokong Liverpool untuk sama-sama menyanyikan nama Klopp sebagai tanda terima kasih.

"Saya rasa saya boleh lakukannya sekarang, sebagai tanda penghargaan terhadap Jurgen Klopp.

"Ayuh kita mula, Jurgen Klopp! La la la!," laung Slot.

Slot berbuat demikian sebagai membalas budi Klopp yang melakukan perkara serupa semasa perlawanan terakhir pengurus dari Jerman itu bersama The Reds pada musim 2023/2024.

Dia mengakui tindakan Klopp itu membantu mengurangkan tekanan yang menanti semasa Slot pertama kali tiba di England.

Slot mencatat sejarah menjadi pengurus dari Belanda yang pertama memenangi gelaran EPL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram