
MUSIM bola sepak Malaysia sudah pun berakhir dan semua kelab sedang dalam rangka untuk menyiapkan skuad bagi musim 2025/2026.
Pada waktu ini, timbul semua pelbagai spekulasi serta cerita perpindahan pemain dan bagi gergasi Liga Super, Selangor FC, mereka turut tidak terkecuali.
Kelab Lembah Klang itu sebelum ini dilaporkan sedang memantau pemain warisan Indonesia, Eliano Reijnders.
BACA LAGI: Tak mahu Saddil, Selangor disebut berminat adik bintang AC Milan demi teruskan DNA Indonesia
BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan
Eliano ada tiga penampilan bersama skuad Indonesia. — PEC Zwolle
Spekulasi tersebut ternyata mendapat perhatian oleh rakan-rakan di Indonesia, malah ia juga sampai kepada Reijnders sendiri.
Laporan dari Indonesia memetik yang pemain kepada adik bintang AC Milan, Tijjani Reijnders itu sedar akan gosip yang mengaitkannya dengan Gergasi Merah.
Apabila mendengarnya, dia hanya mampu untuk ketawa.
"Haha, saya juga ada mendengarnya. Saya lebih suka kekal di Zwolle, di saingan Eredivisie, atau setidak-tidaknya beraksi di Eropah, kerana saya masih muda.
"Namun untuk hal-hal itu (perpindahan), anda perlu tanya kepada bapa saya. Saya sendiri sedang fokus kepada satu perkara, iaitu bermain dengan baik di Zwolle," ujarnya.
Musim ini, Eliano yang boleh beraksi sebagai pemain pertahanan kanan dan sayap kiri itu sudah melakukan 17 penampilan buat Zwolle dalam saingan liga.
Berusia 24 tahun, potensi ditonjolkan oleh Eliano masih besar dan tidak hairan jika Selangor benar-benar mahukannya bagi musim depan.
Namun begitu, pilihan terletak pada Eliano untuk kekal di Eropah atau mencuba nasib di Malaysia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram