
BEKAS pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Dennis Buschening menzahirkan rasa prihatin terhadap situasi semasa bekas kelabnya itu yang kini berdepan isu luar padang.
Menerusi satu hantaran ringkas, Dennis secara simbolik menunjukkan bahawa hubungannya dengan Sang Kenari masih kukuh meskipun sudah tidak lagi menyarung jersi pasukan Utara tanah air itu.
Dalam satu perbualan dalam ruangan komen, seorang penyokong sempat bertanya sama adakah dia merindui KDA FC.
BACA LAGI: 'Terima kasih Perak,' fans restu Haziq Nadzli tukar angin ke kelab Borneo
BACA LAGI: 'End of an era', Perak FC hampir 100 peratus tidak beraksi musim depan
Tangkap layar menunjukkan perbualan Dennis bersama penyokong Hijau Kuning.
Dennis membalas dengan jujur bahawa dia memang merindui pasukan tersebut dan turut menitipkan doa agar kelab itu kembali bangkit.
"Pray for Kedah. Hopefully coming back stronger," tulisnya ringkas.
Ucapan dan sokongan yang dizahirkan Dennis menggambarkan betapa dia masih menaruh kasih terhadap kelab yang pernah diwakilinya, walaupun kini sudah tidak bersama pasukan itu.
Pemain kacukan Thailand-Jerman itu pernah menjadi antara tonggak penting dalam skuad Hijau Kuning bagi musim 2022.
Tindakannya itu mendapat reaksi positif daripada penyokong Kedah, yang rata-rata terharu melihat bekas pemain mereka masih mengikuti perkembangan semasa kelab kesayangan mereka.
Terdahulu, KDA FC kini dilaporkan bergelut dengan ketidaktentuan masa depan pasukan susulan beberapa isu dalaman yang belum menemui jalan penyelesaian.
Keadaan itu memberi kesan besar terhadap kestabilan kelab, termasuk kemungkinan skuad Hijau Kuning tidak menyertai saingan Liga Super musim depan.
Dennis bukanlah nama asing dalam kancah Liga Malaysia kerana pernah beraksi bersama Sabah FC pada musim 2020, kemudian menyertai UiTM FC pada 2021 dan kali terakhir menyarung jersi KDA FC pada musim 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram