
PERLAWANAN akhir Piala Malaysia 2024/25 berkesudahan dengan keputusan 2-1 berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menundukkan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Bagaimanapun, aksi tersebut dicemari beberapa kontroversi hangat dengan dua kad merah dilayangkan sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.
Tidak terhenti di situ, aksi tersebut turut menyaksikan skuad Harimau Selatan diberi sepakan penalti pada babak kedua yang kemudian tenang disempurnakan Bergson da Silva untuk mengikat kedudukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Nak elak kena baling botol kaca, pengadil 'karate' staf kejurulatihan di Peru
BACA LAGI: Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Skuad Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia 2024/25 menerusi kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Perkara itu jelas menjadi pertikaian rata-rata penyokong yang terus mengharapkan mutu pengadilan dapat dipertingkatkan selepas bermusim-musim menjadi buah mulut.
Pengikut tegar Sri Pahang FC, Abdul Khairulnizam berasakan mutu tersebut amat mengecewakan kerana ia tidak selari dengan pembangunan bola sepak tempatan.
“Saya boleh katakan pengadil gagal mengawal permainan, itu adalah kesilapannya. Mutu pengadilan masih teruk, tahapnya terlalu rendah.
“Pasukan kita sudah berkembang kerana dapat beraksi di Asia dan segala-galanya tetapi tahap pengadilan masih berada di takuk sama,” katanya kepada Majoriti.
Pandangan berbeza dilontarkan penyokong JDT, Ahmad Rashad Abu Bakar berasakan mutu pengadilan yang dibantu pelbagai teknologi lain memastikan perlawanan berakhir tanpa kontroversi besar.
"Pada pandangan saya, pengadilan agak baik dan menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) selain sokongan pegawai bertugas lain. Jadi, saya nampak tidak akan berlaku kecacatan, setakat ini yang terbaik," katanya.
Dalam perlawanan itu, dua pemain yang dibuang padang ialah Sergio Aguero dan Park Jun-heong yang menerima dua kad kuning dengan keputusan itu menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.
Sebuah lagi kontroversi utama adalah apabila JDT diberikan kad penalti yang disudahkan Bergson da Silva pada babak kedua untuk mengikat kedudukan.
Hal itu bukanlah yang pertama kerana ketika perlawanan akhir musim-musim lalu, situasi sama berlaku dengan ia sememangnya merencatkan kemeriahan arena bola sepak tanah air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram