[VIDEO] Sahkan kontrak di Selangor sehingga 2027, Faisal Halim tertarik beraksi di Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Faisal Halim (kiri) tidak menolak jika diberi peluang beraksi di Indonesia pada masa hadapan. — Facebook/faisalhalim.7

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak menolak kemungkinan untuk beraksi di Indonesia pada masa hadapan jika diberi peluang.

Faisal berkongsi perkara itu selepas menghadiri pelancaran Innovative Outsole Reveal Event anjuran Ortuseight di Tangerang, Indonesia baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai beraksi di Indonesia, Faisal mengakui bahawa dia terbuka untuk peluang tersebut.

BACA LAGI: 'End of an era', Perak FC hampir 100 peratus tidak beraksi musim depan

BACA LAGI: Lepas kecewakan JDT di SSI, Suphanat kempunan ke Arab Saudi

 

 

Namun, dia menegaskan bahawa dia ingin menghormati kontraknya bersama Selangor FC yang berakhir pada 2027.

"Saya masih di Selangor FC untuk musim depan. Kontrak saya masih sampai 2027.

"Tentu saja mahu. Ingin mencari suasana baru dan cabaran baru. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki nanti. Sekarang belum boleh bercakap mengenai perkara tersebut," katanya kepada Bola.com.

Sebelum ini, tiga pemain tanah air pernah beraksi dalam Liga 1 Indonesia, iaitu Safee Sali, Kiko Insa dan Junior Eldstal.

Safee telah mewakili kelab Pelita Jaya dari tahun 2010 hingga 2013, menjadikannya antara pemain Malaysia terawal yang beraksi di Liga Indonesia.

Kejayaannya membuka jalan kepada lebih ramai pemain tempatan mencuba nasib di luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram