
"END of an era". Begitulah pengakhiran perjuangan Perak FC dalam saingan Liga Malaysia yang sekian lama menjadi medan perjuangan pasukan bersejarah itu.
Pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, menerusi satu hantaran di laman X, mendedahkan The Bos Gaurus (TBG) berkemungkinan tidak akan beraksi dalam saingan Liga M musim depan.
Menurutnya, pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu telah mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama para pemain pada pagi Jumaat.
BACA LAGI: Sambutan fans Liga M musim depan meriah atau tidak, final Piala Malaysia penentu segalanya
BACA LAGI: Sebelum tercalon di Kedah tapi tiada rezeki, kali ini milik saya — Aidil Sharin
"End of an era. Difahamkan Perak FC mengadakan satu perjumpaan bersama pemain pagi tadi dan dikatakan sudah buat keputusan untuk tidak beraksi musim depan," tulisnya.
Difahamkan dalam perjumpaan tersebut, pihak pengurusan telah memaklumkan keputusan untuk tidak meneruskan penyertaan dalam saingan liga musim depan.
Keputusan mengejut itu menandakan berakhirnya satu era buat Perak FC, salah satu pasukan paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak tempatan.
Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan dan perkembangan lanjut dijangka diumumkan dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram