
PEMAIN muda Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Fazrul Amir Zaman kini menjadi buruan dua kelab Liga Super yang dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.
Difahamkan, Kuala Lumpur City FC yang berpangkalan di Lembah Klang itu turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun berkenaan.
Menurut pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi di laman X, Fazrul atau lebih mesra disapa Ghaddar kini menjadi rebutan dua kelab Liga Super.
BACA LAGI: 'End of an era', Perak FC hampir 100 peratus tidak beraksi musim depan
BACA LAGI: Lepas kecewakan JDT di SSI, Suphanat kempunan ke Arab Saudi
Fazrul Amir memiliki kelincahan yang cukup memukau sepanjang beraksi di Pantai Timur. — Facebook/KDN FC
"KL City dikhabarkan turut berminat untuk dapatkan khidmat Fazrul Amir Zaman bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
"Semakin menarik cerita perpindahan pemain yang mesra disapa Ghaddar ini," katanya di laman X.
Sebelum ini, Fazrul turut berada dalam radar Penang FC, yang dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan musim depan.
Berita tersebut disambut baik oleh penyokong Harimau Kumbang yang tertarik dengan kebolehan penyerang sayap itu selepas prestasinya cemerlang di Pantai Timur bersama KDN FC dan Kelantan FC.
Selain Fazrul, beberapa pemain lain seperti penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki dan bek Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ariff Farhan Md Isa juga dilaporkan berada dalam radar Penang FC.
Dengan minat yang sama dari skuad The City Boys, Fazrul kini pastinya berdepan dilema dalam memilih kelab yang akan menjadi destinasinya musim depan.
Namun, anak jati Kelantan itu perlu bijak memilih kelab yang tepat, terutamanya dalam aspek pembayaran gaji yang konsisten.
Hal ini penting agar Fazrul tidak mengalami masalah yang sama seperti yang dihadapi bersama pasukan sebelumnya, memandangkan isu gaji turut membelenggu skuad Kijang Emas dan Kelantan FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram