
LEGENDA Perak FC, V. Saravanan dengan jelas patah hati melihat keadaan semasa kelabnya yang menanti masa untuk 'terkubur'.
Wira Piala Malaysia skuad Seladang pada 2000 itu mengakui kecewa melihat keputusan kelab lamanya itu untuk tidak bertanding dalam Liga Super musim depan akibat isu kewangan.
Dia mengakui yang tidak menyangka apabila membaca perkhabaran The Bos Gaurus tidak menghantar pasukan ke Piala Presiden dan Piala Belia sebagai petanda lebih buruk buat Perak.
BACA LAGI: 'Suka tak suka', Perak kena bermula dari bawah, lepaskan pemain berstatus bintang
V. Saravanan (kanan) pernah menyertai Perak sebagai pembantu jurulatih pada 2023.
Bagi Saravanan, jika Perak tiada dalam Liga Super ia merupakan satu kehilangan besar.
"Pertama sekali, ada pengumuman yang kelab tidak akan menghantar skuad untuk Piala Presiden dan Piala Belia. Saya sangka pemilik hanya mahu fokus kepada pasukan utama.
"Tapi sekarang, saya dengar mereka mahu tutup terus dan hanya bayar 20 peratus daripada hutang enam bulan gaji (kepada pemain). Ia sangat mengecewakan.
"Perak adalah batu asas kepada bola sepak Malaysia. Jika mereka hilang, ia adalah kehilangan besar buat bola sepak negara," katanya.
Saravanan yang sebelum ini menjadi pembantu jurulatih untuk Perak pada 2023 dan dia melihat secara langsung beberapa pemain muda berkualiti seperti Moses Raj dan Daniel Hakimi Azmil.
Dengan keputusan dilakukan pengurusan Perak, Saravanan yang kembali semula ke Finland risau akan masa depan mereka.
"Mosej Raj dan Daniel Hakimi Azmil antara pemain yang saya bantu kembangkan bakar mereka. Malah, Moses turut berjaya menyertai skuad bawah 19 tahun kebangsaan.
"Saya risaukan mereka. Mereka pastinya perlu mencari kelab baharu. Ia sukar, saya amat bersimpati dengan mereka.
"Saya harap ada seseorang akan datang, selamatkan kelab dan bina ia semula. Perak tak boleh mati," ujar Saravanan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram