
SATU-PERSATU pasukan Liga Super musim 2024/2025 dikhabarkan tidak akan beraksi untuk musim baharu nanti dengan terkini, Perak FC didakwa akan undur diri daripada bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Status penyertaan skuad The Bos Gaurus (TBG) pada saingan Liga M pada musim depan menjadi tanda tanya selepas pihak pengurusan dikhabarkan sudah berputus asa daripada meneruskan perjuangan itu dalam mesyuarat pada Jumaat.
Bukan itu sahaja, pemerhati sukan tanah air iaitu Zulhelmi Zainal Azam juga memaklumkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu telah mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama para pemain pada pagi Jumaat.
BACA LAGI: 'Terima kasih Perak,' fans restu Haziq Nadzli tukar angin ke kelab Borneo
BACA LAGI: 'End of an era', Perak FC hampir 100 peratus tidak beraksi musim depan
"End of an era. Difahamkan Perak FC mengadakan satu perjumpaan bersama pemain pagi tadi dan dikatakan sudah buat keputusan untuk tidak beraksi musim depan," tulisnya.
Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan mengenai perkara tersebut, beberapa pemain skuad Seladang sudah dikaitkan dengan kelab baharu seperti Luciano Guaycochea.
Pemerhati sukan tanah air iaitu T. Avineshwaran berkongsi bahawa pemain tengah kelahiran Argentina berkenaan difahamkan menarik minat Terengganu FC (TFC), Sabah FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Tangkap layar senarai lima penjaring terbanyak Perak.
Situasi tiga kelab Liga Super berebut mendapatkan khidmat Guaycochea tidak mengejutkan susulan pemain berusia 33 tahun itu mampu menawarkan banyak kelebihan buat pasukan mereka terutama menggerakkan bahagian serangan.
Buktinya, musim ini menyaksikan Guaycochea merupakan penjaring terbanyak Perak dengan dia merekodkan 11 gol dalam 22 aksi domestik dia diturunkan oleh barisan kejurulatihan skuad Seladang.
Pemain yang juga merupakan sepupu kepada bintang Liverpool iaitu Alexis Mac Allister itu berupaya beraksi di posisi pemain tengah menyerang, central midfield, tengah bertahan, penyerang sayap kiri dan kanan.
Looks like Argentinian midfielder Luciano Guaycochea’s time in Perak could be over.
It is learnt that the inspirational midfielder has been inquired by Terengganu, Sabah and Kuala Lumpur.
For now, he heads home to rest and recharge. #MSLTransfer25 pic.twitter.com/ViwVhqp7S4
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 25, 2025
Sejak menyertai skuad TBG pada 2022, Guaycochea sudah merekodkan 46 penampilan dengan merekodkan 18 gol dan lapan bantuan gol untuk membantu Perak terus 'bernafas' dalam kejohanan domestik.
Yusri Che Lah selaku jurulatih Perak FC juga mengakui betapa bernilainya kepimpinan dan sumbangan besar ketua pasukan skuad TBG itu kepada pasukan hingga ketiadaannya meninggalkan kerisauan besar.
Sekiranya pihak pengurusan hadir dengan solusi meyakinkan untuk menyelamatkan Perak FC, kebarangkalian Guaycochea untuk kekal menyarung jersi TBG juga boleh dipertimbangkan oleh pemain berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram