[VIDEO] Polis lerai aksi panas fans Pahang, JDT di luar SNBJ sebelum final Piala Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Tangkap layar daripada video orang awam memaparkan kekecohan berlaku di luar stadium sebelum perlawanan.

KEHANGATAN tercetus di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) apabila berlaku pergaduhan antara kumpulan penyokong sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC.

Salah faham yang berlaku beberapa jam sebelum pertembungan cukup dinantikan itu difahamkan berlaku apabila peminat Harimau Selatan bertegang urat dengan sebahagian kecil penyokong Tok Gajah.

Namun, kehangatan di perkarangan venue perlawanan bertukar cemas apabila kelihatan kon trafik dan suar dilontarkan selain berlakunya insiden tumbuk menumbuk antara satu sama lain.

BACA LAGI: Tak pernah sendu, 3 final Piala Malaysia sukar dilupakan

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan isu lama berulang, Fandi harap final Piala Malaysia tak berat sebelah

Pertelingkahan akhirnya dapat direlakan dengan kehadiran pihak polis dan petugas keselamatan dengan tiada sebarang individu terlibat ditahan.

Situasi itu sudah tentu tidak mahu tercetus ketika perlawanan kerana ia dapat mencalarkan prestij arena bola sepak tempatan selain mendatangkan kecederaan terhadap individu tidak bernasib baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram