
MESKIPUN sudah berusia 38 tahun, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu mengakhiri kariernya dalam kancah bola sepak Malaysia.
Pemain berketinggian 1.77 meter yang kini mewakili Malaysia itu kekal menjadi nadi utama di bahagian tengah skuad Harimau Selatan.
Natxo dijangka memainkan peranan penting dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.
BACA LAGI: 'Terima kasih Perak,' fans restu Haziq Nadzli tukar angin ke kelab Borneo
BACA LAGI: ‘Pray for Kedah’, cinta bekas import Sang Kenari masih mekar, sempat titip doa
Pemain tengah berpengalaman Harimau Selatan, Natxo Insa. — Facebook/JST
Dengan ulang tahun ke-39 bakal menjelang Jun ini, timbul persoalan sama ada final kali ini akan menjadi penampilan terakhirnya.
Namun, Natxo menegaskan dia masih belum memikirkan soal persaraan.
“Saya akan anggap final ini seperti perlawanan pertama saya. Saya mahu menikmatinya dan saya mahu menang.
“Pada tahap ini dalam karier, anda belajar untuk menghargai setiap detik kerana anda tidak tahu bila ia akan menjadi yang terakhir. Jadi saya akan berikan sepenuh usaha," katanya.
Bekas pemain Celta Vigo itu juga berkata, walaupun usianya meningkat, dia masih berasa segar dan penuh motivasi setiap kali turun beraksi.
“Saya masih sangat menikmati bola sepak. Setiap kali melangkah ke padang, saya berasa penuh bertenaga. Semangat untuk beri 100 peratus sentiasa ada kerana masa depan tak pernah dijamin," ujarnya.
Natxo dijangka akan bergandingan dengan Afiq Fazail di bahagian tengah, dengan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam menentukan rentak dan tempo permainan JDT dalam perlawanan akhir piala berprestij itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram