Sri Pahang boleh rencat konsistensi JDT, Rajagobal harap final Piala Malaysia cukup 'thriller'


  • Podium
  • Khamis, 17 Apr 2025

JDT dan Sri Pahang akan bertarung dalam aksi akhir Piala Malaysia pada 26 April.

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal berpendapat kedua-dua finalis Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC sememangnya berhak untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

Walaupun di atas kertas, kekuatan kedua-dua kelab tampak berbeza, namun JDT dan Sri Pahang ada kelebihan masing-masing menjelang perlawanan akhir pada 26 April.

Baginya, JDT mempunyai konsistensi dalam meraih kemenangan namun Sri Pahang juga mampu mencipta kejutan.

BACA LAGI: Jika hari itu bukan milik JDT, apa saja boleh berlaku — JKT

BACA LAGI: Hampir mustahil kalahkan JDT, elemen kejutan Sri Pahang belum dikesan

Datuk K. Rajagopal.

"JDT adalah sebuat kelab yang konsisten, bukan saja dalam Piala Malaysia tetapi Liga Super. Mereka mempunyai skuad yang kuat dan memenangi hampir semua perlawanan.

"Namun begitu, Sri Pahang masih mempunyai musim yang baik kali ini. Kedua-duanya berhak untuk berada di perlawanan akhir. JDT adalah pasukan pilihan, tapi dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

"Saya berharap kedua-dua kelab akan memberikan persembahan yang menarik untuk menghiburkan penyokong. Semua orang ternanti-nantikan perlawanan akhir ini, dan saya harap akan saksikan sesuatu yang mengejutkan," jelas Rajagopal.

Sri Pahang sememangnya mempunyai kemampuan dalam mencipta kejutan. Ia dapat dilihat dengan jelas ketika mereka menewaskan beberapa kelab utama untuk ke perlawanan akhir.

Skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad menewaskan calon pilihan seperti Selangor FC dan Sabah FC selain Perak FC dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

Sementara JDT pula masih meneruskan dominasi mereka di peringkat domestik dengan masih belum tewas kepada mana-mana kelab.

Mereka cuma sekali mencicirkan mata semasa seri bertemu PDRM FC dalam Liga Super pada Julai 2024. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram