
PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad melihat lawannya di perlawanan akhir Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai segala kelebihan menjelang aksi 26 April kelak.
Selain daripada skuad yang dibarisi pemain bintang, Fandi juga melihat JDT mempunyai lebih banyak hari berehat sebelum perlawanan akhir berbanding Tok Gajah.
Mengikut rekod, JDT menamatkan Liga Super dengan bertemu Kuching City FC dengan perlawanan diadakan pada 16 April (Rabu).
BACA LAGI: Sri Pahang boleh rencat konsistensi JDT, Rajagobal harap final Piala Malaysia cukup 'thriller'
BACA LAGI: 'Sri Pahang sudah ada momentum jumpa JDT, cuma kena baiki pertahanan elak gawang bocor'
Fandi berharap Sri Pahang dapat berikan saingan sengit terhadap JDT.
Sebagai perbandingan, Sri Pahang menghabiskan liga pada 19 April (Sabtu) dengan aksi bertemu Penang FC. Oleh itu, JDT mempunyai sembilan hari persiapan berbanding Tok Gajah yang cuma enam hari.
"Selepas perlawanan (bertemu Penang), kami memerlukan sedikit masa untuk melakukan pemulihan dengan hanya ada lima hari menjelang perlawanan akhir.
"Bagi JDT, mereka tamatkan liga dengan lebih awal jadi mereka ada masa persediaan lebih lama.
"Namun begitu, kami perlu menggunakan masa dengan sebaiknya dan berikan mereka saingan terbaik pada perlawanan akhir kelak," kata Fandi.
Dalam masa yang sama, Fandi turut 'berpeluh' menantikan kecergasan dua pemainnya iaitu Aleksandar Cvetkovic dan David Rowley yang menjadi tanda tanya.
Pengendali itu jelas berharap yang kedua-dua pemain itu cergas sebelum perlawanan akhir dan boleh memainkan peranan mereka bertemu JDT.
Pentas 2025 adalah imbauan kepada apa yang berlaku 11 tahun lalu antara Sri Pahang dan JDT dengan Tok Gajah meraih kejuaraan Piala Malaysia dengan penuh dramatik.
Pada 2014, Sri Pahang bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat JDT 2-2 sebelum menang penentuan sepakan penalti 5-3 untuk meraih kejuaraan. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram