Ramai tak tahu, bekas kiper Pulau Pinang kini jurulatih Piala Presiden Selangor


  • Podium
  • Rabu, 23 Apr 2025

Sani Anuar (kanan) memiliki pengalaman meluas dalam bidang kejurulatihan meskipun baru beberapa tahun menceburinya.

PEMBUKAAN kempen kurang meyakinkan ditampilkan Selangor FC dalam Piala Presiden apabila mereka mengalami kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) III semasa aksi pembukaan pada Sabtu lalu.

Perlawanan yang berkesudahan 1-0 kepada skuad muda Harimau Selatan itu terhasil menerusi sepakan percuma Danish Hakimi Sahaludin yang menghadiahkan tiga mata penuh buat mereka.

Bagaimanapun, kekalahan berkenaan tidaklah begitu mengecewakan kerana penyokong Merah Kuning masih yakin dengan lambakan pemain berbakat yang berada dalam pasukan tersebut.

BACA LAGI: ‘Musim terbaharu Piala Presiden menyusahkan Nafuzi Zain, lebih ramai import dinaturalisasikan’

BACA LAGI: Tak bertanding Piala Presiden, Kedah, Pahang, Perak, KDN hint tarik diri Liga Super 2025 

Skuad muda Gergasi Merah mengalami kekalahan dalam aksi pembukaan Piala Presiden 2025. Facebook/Selangor FC

Tidak cukup dengan itu, pasukan Lembah Klang berkenaan memiliki barisan kejurulatihan yang serba lengkap kerana pengendalinya, Firdaus Aziz kerana selepas sudah mengendalikan skuad muda Gergasi Merah sejak 2020.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa Selangor FC turut mempunyai bekas pemain yang mengendalikan pasukan itu dalam Piala Presiden, iaitu Sani Anuar Kamsani yang berkhidmat sebagai jurulatih penjaga gol.

Berdasarkan semakan dalam laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dia berada di samping Firdaus serta jurulatih kecergasan, Azmi Ishak yang masing-masing perlu memikul peranan sebaik mungkin buat pasukan tersebut.

Kehadiran Sani Anuar diharapkan dapat mengukuhkan lagi benteng pertahanan Selangor FC meskipun sudah dibolosi pada perlawanan pertama yang menceritakan isu tersebut masih belum benar-benar diselesaikan.

Sani Anuar (bawah) pernah beraksi buat beberapa kelab lain dalam kariernya. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Untuk rekod, dia yang kini berusia 42 tahun merupakan graduan kelab Lembah Klang tersebut, namun tidak pernah beraksi buat skuad Gergasi Merah dalam pasukan utama.

Ini kerana penjaga gol tersebut memilih untuk bermain buat pasukan lain seperti Sarawak FA dan Negeri Sembilan FA dengan dia tidak berpeluang diserap ke dalam Harimau Malaya.

Dari segi pencapaian pula, Sani Anuar pernah menjulang Piala FA 2010 bersama skuad Jang selain membantu Bujang Senang menjuarai Liga Perdana 2013 dengan ia menceritakan kebolehan sebenarnya.

Penglibatannya dalam barisan kejurulatihan Selangor FC dalam Piala Presiden menceritakan bakat kejurulatihan dimiliki bekas pemain yang perlu diberi ruang dan peluang untuk berkembang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram