
MASA depan bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold (TAA) bersama Liverpool kembali menjadi tanda tanya selepas timbul spekulasi bahawa pemain itu sedang mempertimbangkan semula hasratnya untuk berhijrah ke Real Madrid.
Keraguan membabitkan pemain pertahanan itu timbul susulan ketidaktentuan yang melanda kelab gergasi Sepanyol itu sehingga dia berkemungkinan akan membuat 'U-turn' terhadap hasratnya berpindah ke kelab tersebut.
Menurut bekas ketua pencari bakat Manchester United dan Blackburn, Mick Brown, yang masih mempunyai hubungan rapat dalam dunia bola sepak, beliau memberitahu Football Insider secara eksklusif bahawa kemungkinan pengunduran pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, telah mencetuskan keraguan dalam diri Trent Alexander.
BACA LAGI : Milos Gordic masuk senarai 3 import paling setia walau tak dijulang fans
BACA LAGI : ‘Selamat tinggal Selangor’, Gergasi Merah perlu tergesa-gesa cari 3 'teman pengganti'
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti bakal meninggalkan kelab gergasi Sepanyol dalam masa terdekat. — Agensi
Akibatnya, pemain berusia 26 tahun itu dipercayai mula mempersoalkan dan mempertimbangkan semula keputusannya untuk berpindah, memandangkan peranan besar yang dimainkan oleh Ancelotti dalam meyakinkan beliau.
Ini berlaku selepas Football Insider mendedahkan pada Oktober bahawa Ancelotti telah mendesak Madrid untuk mendapatkan Trent Alexander sebagai tambahan terbaru dalam senarai “Galactico” mereka.
Walaupun Trent Alexander masih dijangka akan menyertai Real Madrid, namun perjanjian itu masih belum ditandatangani dan masih ada kemungkinan beliau akan memutuskan untuk kekal.
Pemain bek kanan itu juga sedang berdepan tekanan daripada peminat dan kelab untuk terus kekal di Anfield. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram