'Saya tak boleh buka mulut', Milos Gordic tinggalkan Kedah tanpa gaji


  • Podium
  • Isnin, 21 Apr 2025

Milos Gordic (tengah, jersi kuning) sebak mengenangkan nasibnya.

PENYERANG Kedah Darul Aman FC, Milos Gordic hampa kerana terpaksa pulang semula ke kampung halamannya di Serbia tanpa gaji.

Memetik laporan Stadium Astro, Gordic yang kali terakhir untuk Kedah menentang Terengganu FC mengakui hampa kerana masih belum menerima gaji.

Dia mengakui berasa ingin menangis kerana kesukaran dialaminya namun terpaksa mendiamkan saja diri.

BACA LAGI: 'Selamat tinggal, Kedah'

BACA LAGI: Tinggalkan Kedah, Ebenezer Assifuah boleh direbut 3 kelab Liga Super tajamkan serangan

Milos Gordic (tengah) hampa pulang ke Serbia tanpa gaji.

"Saya mahu menangis tapi saya tidak boleh buka mulut. Setiap kali anda mengajukan soalan, saya tidak dapat beritahu apa-apa.

"Saya pulang ke kampung halaman tanpa duit. Saya akan pulang ke negara saya tanpa wang. Saya rasa nak menangis," ujar Gordic.

Gordic antara pemain import yang setia dengan Kedah walaupun sering dikritik oleh penyokong-penyokong Sang Kenari akibat ketumpulan di depan gol.

Oleh disebabkan kesetiaannya itu, dia masih menerima penghargaan tertinggi oleh para penyokong Kedah setiap kali beraksi.

"Tapi dengan keikhlasan hati, (saya terharu) kerana saya pergi ke mana-mana pun orang akan mengucapkan terima kasih," katanya.

Kedah menutup musim 2024/2025 dengan kekalahan 0-3 kepada Terengganu dalam aksi yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Sang Kenari menutup musim penuh perit dengan menduduki tempat ke-11 Liga Super dengan 21 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram