[VIDEO] 'Misi balas dendam terbalas', giliran CR7 siuuu di depan Hojlund


  • Podium
  • Isnin, 24 Mac 2025

Hojlund melakukan gaya sambutan 'siuu', sementara Ronaldo menyaksikannya dari jauh. — Agensi

MESKIPUN tewas 0-1 dalam perlawanan pertama, juara Euro 2016, Portugal bangkit dengan kemenangan 5-3 secara agregat ke atas Denmark dalam suku akhir timbal balik kejohanan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.

Dalam perlawanan pertama di Copenhagen, penyerang Denmark, Rasmus Hojlund menjaringkan gol pada minit ke-78 untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Portugal.

Namun, Portugal berjaya membalas dengan lima gol dalam aksi kedua di Stadium Jose Alvalade, Lisbon untuk menyingkirkan Denmark dan melangkah ke separuh akhir.

BACA LAGI: Kos RM28 juta terlalu tinggi, kelab-kelab Liga Super setuju mansuhkan Piala MFL

BACA LAGI: TFC masih berpeluang rebut tempat ke-3 liga jika Sabah, Kuching hilang mata — Akram Mahinan

Meskipun Cristiano Ronaldo terlepas satu penalti namun dia berhasil menjaringkan satu gol penting pada minit ke-72, sebelum dua gol lewat Francisco Trincao membantu anak buah Roberto Martinez dalam laluan ke separuh akhir.

Portugal pertama sekali menyamakan agregat apabila Joachim Andersen secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri pada minit ke-38.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Goncalo Ramos menambah derita Denmark dengan gol pada minit ke-115 yang memastikan kemenangan milik Portugal.

Menariknya, dalam perlawanan pertama, Hojlund sempat mencuri perhatian selepas melakukan sambutan ikonik 'siuuu' yang terkenal dengan legenda bola sepak Portugal itu ketika meraikan gol kemenangan.

Meskipun ada yang mendakwa bahawa Hojlund sengaja mengejeknya namun Ronaldo berpendapat, dia tidak mempunyai masalah dengan sambutan tersebut kerana ramai pemain lain juga pernah melakukannya.

Namun, kemanisan aksi timbal balik itu, Hojlund pastinya terpaku melihat 'siuuu' yang sebenar berkumandang di bumi keramat Portugal apabila legenda Manchester United itu meraikan golnya dengan gaya 'siuuu'.

Seterusnya, Portugal akan bertemu Jerman tuan rumah pusingan akhir pada separuh akhir pada Jun depan selepas membalas defisit 0-1 dari perlawanan pertama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram