Safuwan pilih pulang ke kampung halaman, sertai bakal juara ACL2


  • Podium
  • Ahad, 20 Apr 2025

Safuwan semakin hampir menyertai Lion City Sailors.

MASA depan ketua pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin kelihatan terletak di negaranya sendiri selepas pemain itu memberikan klu mahu meninggalkan gergasi Lembah Klang itu.

Sebelum ini, Safuwan memberikan petanda akan meninggalkan Selangor selepas memuat naik Instagram Story bergambarkan logo Gergasi Merah sambil meletakkan lagu See You Again nyanyian Charlie Puth dan Wiz Khalifa.

Ia menguatkan spekulasi yang pertahanan tengah itu bakal meninggalkan kelab selepas tamat musim.

BACA LAGI: Lagu See You Again jadi klu jodoh Safuwan Baharudin bersama Gergasi Merah terlerai sudah

BACA LAGI: Hilang khidmat Safuwan, fans Gergasi Merah anggap khidmat Afro mencukupi sekat amukan The Cops

Khabar angin itu dilihat benar selepas Safuwan dilaporkan sudah mempunyai kelab baharu untuk musim hadapan.

Dia dilaporkan akan kembali semula ke negaranya iaitu Singapura dengan Lion City Sailors (LCS) menjadi destinasi seterusnya pemain tersebut.

Laporan mendapati yang Safuwan sudah begitu hampir untuk menjadi pemain LCS dengan pengumuman rasmi akan dilakukan oleh kelab dalam masa terdekat.

Dengan kepulangan ke LCS, ia akan menjadi kelab pertama Safuwan di Singapura dalam tempoh 10 tahun selepas kali terakhir bersama Lions XII pada 2015.

LCS kini dalam misi untuk meraih gelaran terulung dalam sejarah kelab apabila mereka berpeluang meraih Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) selepas mara ke perlawanan akhir.

Kelab Singapura itu akan berdepan Emeriah Arab Bersatu, Sharjah FC pada 18 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram