Azeem Fahmi terus menyerlah di AS, catat masa terpantas 4x100m


  • Podium
  • Ahad, 20 Apr 2025

Azeem Fahmi membantu Universiti Auburn mencatatkan larian terpantas bagi 2025.

PELARI pecut kebangsaan, Azeem Fahmi terus menyerlah di Amerika Syarikat apabila dia dan gandingan kuartetnya mencatatkan masa terpantas bagi tahun ini.

Azeem yang mewakili Universiti Auburn bersama gandingan Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mencatatkan masa terpantas dalam acara 4x100 meter dalam pertandingan National Collegiate Athletics Association (NCAA).

Kuartet diwakili Azeem mencatatkan masa sepantas 38.39 saat untuk memenangi perlumbaan dalam saringan kelima pada Kejohanan Jemputan Tom Jones yang diadakan di Gainesville, Florida.

BACA LAGI: Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan, catat 6.60 saat acara 60 meter di AS

BACA LAGI: Stail rambut baharu tak membantu, Azeem Fahmi gagal ke final acara riben biru Olimpik

Strategi meletakkan Azeem sebagai pelari pertama membuahkan hasil apabila dia membantu kuartetnya mempunyai permulaan memukau dengan larian pantasnya.

Ia dapat membantu kuartetnya menewaskan Universiti Negeri Lousiana yang menduduki tempat kedua (38.77 saat) dan Universiti Kentucky (39.10 saat) yang menduduki tempat ketiga.

Universiti Auburn berada di tempat yang sangat baik dalam kedudukan NCAA dengan menghuni kedudukan ketiga secara keseluruhan. Mereka hanya di belakang skuad kebangsaan Amerika Syarikat yang menguasai dua posisi teratas.

Kuartet dianggotai Christian Coleman, Pjai Austin, Erriyon Knighton dan Noah Lyles menamatkan larian dengan masa sepantas 37.90 saat sementara Courtney Lindsey, Kyree King, Kenneth Bednarek dan Kendal Williams di tempat kedua dengan 38.18 saat. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram