Penyokong Selangor gali rekod lampau mahu semua bertenang, percaya kecederaan hidung Faisal Halim tidak serius


  • Podium
  • Ahad, 20 Apr 2025

Faisal (kiri) mengalami kecederaan hidung selepas disiku pemain PDRM.

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berdepan situasi sukar apabila dia mengalami kecederaan pada aksi terakhir Liga Super bertemu PDRM FC pada Sabtu.

Kecederaan yang dialaminya semasa separuh masa kedua itu menyaksikan dia secara tidak sengaja disiku oleh pemain lawan hingga menyebabkan kecederaan pada hidung dipercayai retak.

Ia jelas merisaukan penyokong Selangor, namun beberapa jam selepas perlawanan, Faisal berkongsi keadaanya di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Faisal Halim patah tulang hidung terkena siku kapten PDRM

BACA LAGI: Menang lawan Penang tapi prestasi GK Pahang undang resah penyokong menjelang aksi final Piala Malaysia

Imbasan sinar-X pada hidung Faisal.

Menerusi media sosialnya, Faisal berkongsi keadaan semasa hidungnya dari luar dan imbasan sinar X (x-ray). Menerusi imbasan itu, terdapat berlakunya retak pada tulang hidungnya.

Buat masa sekarang, Selangor masih belum mengeluarkan sebarang kemaskini mengenai kecederaan dialami Faisal terutamanya berapa lama dia perlu berehat.

Namun begitu, penyokong Selangor boleh bertenang kerana mengikut rekod, kecederaan hidung dialami pemain bola sepak lazimnya tidak begitu serius.

Seorang penyokong Selangor, Syafiq Qi, berkongsi yang kecederaan hidung dalam bola sepak lazimnya tidak begitu serius dengan ia memerlukan sekitar dua hingga tiga minggu untuk pulih.

Sebelum ini, pemain antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe mengalami situasi serupa semasa Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

Ketika itu, pemain Real Madrid tersebut menggunakan topeng muka dan menyambung tugasanya bersama Perancis.

"Kalau ikut rekod, patah hidung ni perkara biasa dalam bola sepak dan bukannya kecederaan serius. Mbappe waktu Euro pun sekejap saja tak sampai satu minggu.

"Kevin de Bryune (cedera) masa perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA pun cuma perlukan dua minggu untuk dia kembali bermain di Euro (bersama Belgium).

"Terbaru, Zarif Irfan, penjaga gol Sri Pahang sudah beraksi bertemu Penang dan dia cuma berehat tiga minggu," jelasnya.

Oleh itu, penyokong Selangor tidak perlu bimbang, kerana Faisal hanya memerlukan beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya dan beraksi di padang.

Dengan musim yang sudah berakhir, Faisal ada lebih masa untuk fokus kepada pemulihan kecederaanya sebelum bertugas untuk Harimau Malaya.

Dengan Malaysia akan berdepan Vietnam pada kelayakan Piala Asia 2027 Jun ini, Faisal dijangka sempat untuk pulih sekali gus kembali tampil garang dengan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram