Elak peram lebih lama, JDT boleh pinjamkan Ruo Han ke 3 kelab elit Liga Super demi minit permainan


  • Podium
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Ruo Han boleh mendapatkan minit permainan menerusi perpindahan pinjaman ke tiga kelab Liga Super.

PEMAIN skuad Piala MFL Johor Darul Ta’zim (JDT), Chia Ruo Han mencuri tumpuan ketika bertemu Penang FC dalam kejohanan itu.

Mempunyai kelajuan serta ketenangan dalam menyerang, ramai yang terpukau dengan Ruo Han malah mengharapkan dia mampu menjadi sebagus bintang Harimau Malaya, Arif Aiman.

Namun pada usia 23 tahun dan masih belum menembusi skuad utama JDT. Mungkin Ruo Han boleh menjalani proses pinjaman ke beberapa kelab bagi mendapatkan minit permainan di peringkat senior.

BACA LAGI: Berpotensi sebagus Arif Aiman, ‘ubi muda’ JDT dari Kedah patut dapat panggilan lawan Vietnam

BACA LAGI: Curi 'limelight' pemain senior, larian bekas pelajar SMK Kulim bantu JDT II rangkul trofi Piala MFL

Selangor FC

Selangor FC boleh menjadi destinasi yang sesuai untuk Ruo Han mendapatkan minit permainan berharga musim depan.

Selangor sering memberikan ruang untuk pemain muda menyerlah boleh menjadi destinasi sesuai untuk Ruo Hang ditambah dengan keperluan untuk Gergasi Merah menukar penyerang.

Katsuhito Kinoshi gemar memberikan peluang buat pemain muda.

Ruo Han kelihatan sesuai dengan falsafah bola sepak Selangor yang mengutamakan pemain muda. Statusnya sebagai penyerang kelihatan sesuai dengan apa yang diperlukan Selangor. Ditambah dengan penyokong mahukan kelab menukar Ronnie Fernandez dengan bakat lain.

Ia kelihatan sesuai di atas kertas, namun melihat kepada perseteruan antara dua kelab, perpindahan Ruo Han ke Gergasi Merah mungkin sukar untuk berlaku.

Kuching City FC

Satu lagi destinasi yang boleh dituju oleh Ruo Han adalah dengan menyertai kelab Sarawak iaitu Kuching City FC.

Musim ini, The Cats mencipta kejutan apabila berjaya menguasai kelompok pertengahan Liga Super sambil menonjolkan persembahan berkualiti di bawah kendalian Aidil Sharin.

Ramadhan Saifullah menyerlah bersama Kuching City.

Selain itu, musim ini menyaksikan Kuching City mempunyai beberapa pemain yang mempunyai hubungan bersama JDT iaitu Ramadhan Saifullah serta Danial Amier. Itu dapat menjadi nilai tambah kepada Ruo Han kerana ia mempu menyakinkannya untuk merentasi Laut China Selatan bagi menyertai The Cats.

Dengan potensi besar ditonjolkan oleh Kuching City, ia dilihat sesuai bagi Ruo Han menimba minit sambil mengembangkan kebolehannya sebagai penyerang.

Terengganu FC

Kelab terakhir yang boleh dicuba oleh Ruo Han untuk mendapatkan minit permainan adalah menyertai Terengganu FC di Pantai Timur.

Musim ini, Terengganu mempunyai dua pemain pinjaman JDT iaitu Safawi Rasid serta Akhyar Rashid dan mereka jelas menjadi antara pemain menyerlah dalam skuad Penyu.

Akhyar (kiri) dan Safawi (kanan) menyerlah bersama Terengganu.

Dengan Terengganu turut gemar mengutamakan pemain muda dan bakat tempatan, Ruo Han semestinya akan diletakkan sebagai watak utama walaupun menyertai mereka sebagai pemain pinjaman.

Dengan memasuki usia 23 tahun, Ruo Han perlu mengambil peluang yang ada untuk menikmati peluang beraksi di peringkat senior. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram