Hilang khidmat Safuwan, fans Gergasi Merah anggap khidmat Afro mencukupi sekat amukan The Cops


  • Podium
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Ketiadaan Safuwan pastinya memberi kesan kepada bahagian pertahanan Selangor FC.

SELANGOR FC terpaksa berhadapan dengan ujian getir dalam perlawanan akhir kedua Piala Cabaran 2024 bertemu PDRM FC selepas kehilangan khidmat kapten pasukan, Safuwan Baharudin.

Ia selepas pengadil melayangkan kad merah kepada pemain kebangsaan Singapura itu dalam perlawanan final pertama pada 15 Februari yang menyebabkan dia digantung untuk satu perlawanan.

Ketiadaan Safuwan pastinya memberi kesan kepada bahagian pertahanan pasukan kerana dia merupakan pemain yang sangat berpengalaman dan menjadi tonggak utama dalam barisan belakang Gergasi Merah.

BACA LAGI: Bintang Portugal sedia jadi wira, bantu Sabah padam cabaran KL City

BACA LAGI: Badrul Afzan: Lawan Kuching City titik peralihan untuk Terengganu FC bangkit

Namun, situasi itu membuka ruang kepada pemain lain untuk tampil menggantikan peranan Safuwan.

Beberapa penyokong pasukan mula menyuarakan pandangan mereka bahawa Sharul Nazeem Zulpakar lebih layak untuk mengemudi bahagian pertahanan Selangor dalam perlawanan menentang PDRM.

Nama Afro (kiri) disebut bagi membantu mengemudi pertahanan Selangor untuk mengekang serangan The Cops. 

Sharul Nizam atau mesra dengan panggilan Afro merupakan pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman, dianggap mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Safuwan.

Menurut pandangan sesetengah penyokong, kemampuan Afro dalam menyusun pertahanan dan memberi sokongan di bahagian belakang pasukan menjadikannya pilihan yang tepat untuk perlawanan tersebut.

"Tak bagus sangat juga Safuwan itu, bazir duit saja banyak bayar gaji orang luar," kata Siratul Mustaqim.

"Pendapat saya, Afro pun cukup untuk jaga pertahanan Selangor sebenarnya, setakat PDRM saja pun, kata Izadin Tendot Salleh.

"Afro kan ada, dia boleh gantikan posisi Safuwan sebagai pertahanan," kata Azim Ali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram