
DARI musim ke musim, peminat bola sepak tempatan disajikan dengan persembahan cemerlang penyerang-penyerang yang menggegar jaring lawan dengan gol mereka.
Baik pemain tempatan atau import, persembahan mereka berjaya memukau penyokong hinggakan bilangan jaringan mereka terlalu banyak.
Sejak diperkenalkan pada 2004, Liga Super sudah menyaksikan beberapa penyerang menghasilkan begitu banyak gol hinggakan membuatkan mereka memperoleh gelaran Raja Gol dalam saingan tempatan.
BACA LAGI: JDT bukan juara, Selangor terperosok jika carta Liga Super hanya kira jaringan anak tempatan
BACA LAGI: Tak bertanding Piala Presiden, Kedah, Pahang, Perak, KDN hint tarik diri Liga Super 2025
Kpah Sherman
Nama Kpah Sherman sangatlah sinonim dengan bola sepak Malaysia. Kini bermain dengan Sri Pahang FC, Sherman yang berasal dari Liberia sudah bermain bersama beberapa kelab.
Mula mencipta nama bersama PKNS FC, Sherman kemudiannya bermain untuk tiga lagi kelab iaitu Kedah Darul Aman FC, Terengganu dan kini Sri Pahang.
Sherman (depan) bermain untuk empat kelab di Liga Super.
Bersama keempat-empat kelab, Sherman berjaya meletakkan dirinya sebagai antara tiga penyerang import paling cemerlang di Liga Super dengan menghasilkan 59 gol dalam 103 perlawanan.
Ia menjadikan Sherman menghasilkan satu gol dalam setiap 152 minit.
Ifedayo Olusegun
Satu lagi nama yang sering tidak mengecewakan di depan gol adalah penyerang naturalisasi Bahrain dari Nigeria iaitu Ifedayo Olusegun.
Beraksi untuk PDRM FC, Ifedayo yang menerima jolokan King Dayo memulakan karier di Liga Super bersama-sama FELDA United. Ketika itu, Ifedayo mencuri tumpuan dengan menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan buat Sang Peneroka.
Ifedayo turut pernah bermain untuk Kedah.
Ifedayo kemudiannya beraksi untuk Selangor, Melaka United dan Kedah sebelum bersama Sang Saka Biru pada musim ini.
Bersama lima kelab, Ifedayo menghasilkan 82 gol di Liga Super dalam 94 perlawanan. Ia menjadikan dia menghasilkan satu gol dalam setiap 98 minit secara purata.
Bergon da Silva
Nama yang disebut sebagai penyerang naturalisasi kebangsaan itu boleh dianggap sebagai Raja Gol dalam saingan Liga Super.
Bergson da Silva tidak seperti Sherman dan Ifedayo yang bermain untuk beberapa kelab. Sebaliknya, penyerang dari Brazil itu cuma bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bergson adalah mesin gol JDT.
Bersama JDT, Bergson tidak mengecewakan apabila dia menghasilkan 103 gol dalam 82 perlawanan untuk Harimau Selatan.
Ia menjadikan Bergson secara purata menjaringkan satu gol dalam setiap 65 minit buat kelabnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram