JDT bukan juara, Selangor terperosok jika carta Liga Super hanya kira jaringan anak tempatan


  • Podium
  • Selasa, 15 Apr 2025

JDT, Selangor dan Kedah antara kelab terkesan jika hanya jaringan pemain tempatan diambil kira.

WALAUPUN Liga Super kini dipenuhi dengan kehadiran pemain import, namun impak pemain tempatan masih tidak boleh dihiraukan.

Mereka masih mempunyai peranan penting dalam setiap kelab.

Oleh itu, mari kita fikirkan seketika, bagaimana rupanya carta Liga Super seandainya hanya jaringan pemain tempatan diambil kira?

Menggunakan perkiraan sehingga perlawanan ke-22 (ada sebahagiannya 23), mari kita saksikan.

BACA LAGI: Momen luar biasa Kalamullah-Safawi Rasid cabar Jese rebut gelaran POTM Liga Super

BACA LAGI: Sebelum kehadiran Bergson, Liga Super pernah diwarnai 3 striker elit termasuk Marlon Alex James

Dominasi JDT berakhir

Satu perkara yang bakal berubah seandainya hanya gol pemain tempatan saja dikira adalah dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) di puncak Liga Super berakhir.

JDT yang dihimpuni pelbagai pemain import berkualiti sememangnya begitu tajam di depan pintu gol hinggakan mereka sering mencatatkan kemenangan besar hampir saban minggu.

Kuala Lumpur City menjadi juara Liga Super jika hanya mengira gol pemain tempatan.

Jika dikira dengan jaringan pemain tempatan sahaja, dominasi JDT akan berakhir dengan mereka tumpas kepada Kuala Lumpur City FC dengan perbezaan satu mata.

KL City akan dijulang sebagai juara liga dengan perbezaan satu mata (KL City - 42 mata, JDT - 41 mata).

Selangor sekadar biasa-biasa

Selain JDT, Selangor FC juga menerima tempiasnya apabila jika pemain tempatan saja yang dikira dalam menentukan kedudukan Liga Super.

Jika JDT terlepas kejuaraan, Selangor terpaksa menelan kepahitan gagal ke saingan Asia. Lebih teruk, mereka sekadar kelab kelas pertengahan liga.

Terengganu menamatkan Liga Super diatas Selangor sekiranya cuma mengira gol pemain tempatan.

Selangor terperosok ke kedudukan kelima Liga Super dengan mereka dipintas oleh kelab seperti Sabah FC dan Terengganu FC yang berada di depan mereka.

Jika ini adalah realiti, ia semestinya menambah kemarahan penyokong Selangor kerana tidak mencapai sasaran diharapkan.

Pakai anak jati lebih baik

Selain JDT dan Selangor, Kedah Darul Aman FC turut berdepan situasi serupa apabila berada di zon bawahan liga.

Seakan sama dengan realiti, Kedah berada di zon bawahan liga namun mereka berada di posisi lebih baik iaitu tempat kesembilan berbanding ke-11.

Anak jati dalam skuad Kedah terus beraksi baik buat mereka.

Ia melihatkan para pemain tempatan Kedah yang terdiri daripada anak jati mampu memastikan Sang Kenari tidak terlalu tenggelam dalam carta liga walaupun mengalami masalah kewangan.

Dengan anak jati pun boleh survive walaupun ada masalah kewangan, bayangkan jika tiada isu gaji? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram