
SELEPAS beberapa musim bersama, pemain Indonesia, Saddil Ramdani dilaporkan akan meninggalkan Sabah FC.
Dia dijangka meninggalkan kelab Borneo itu pada penamat musim 2024/2025 dengan destinasi seterusnya masih belum jelas sama ada kekal di Malaysia atau kembali ke Indonesia.
Namun begitu, seandainya kekal di Malaysia, terdapat satu kelab yang boleh menjadi destinasi Saddil iaitu Selangor FC.
BACA LAGI: Legenda Sabah mahu kembalikan gaya OKS, percaya Saddil kunci The Rhinos buru tangga ke-3
BACA LAGI: [VIDEO] Stano mula runsing, hilang 4 pemain, termasuk Saddil ke Darul Aman
Penyambung legasi Indonesia
Sejak dari dulu, Selangor akan sentiasa dikaitkan dengan ramainya pemain-pemain import berkualiti terutamanya dari Indonesia.
Bermula dari era Ristomoyo Kassim semasa zaman kegemilangan Selangor pada 1980-an kepada kemuncak Indonesian Connection antara Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy pada pertengahan 2000-an.
Bambang adalah ikon bola sepak Selangor di era moden.
Ia kemudiannya disambung oleh Andik Vermansah diikuti pula dengan Evan Dimas serta Ilham Udin. Selepas itu, tiada lagi bintang Indonesia menyarung jersi Selangor.
Saddil boleh meneruskan legasi itu dan dengan reputasi besarnya di Malaysia, pasti akan disambut baik oleh penyokong Gergasi Merah.
Pelengkap buat Faisal
Jika Saddil menyertai Selangor, ia dilihat dapat membantu melengkapkan barisan sayap Gergasi Merah dan menjadikan ia semakin kuat.
Buat masa ini, Selangor bergantung harap kepada Alvin Fortes dan Faisal Halim. Dengan kehadiran Selangor, Saddil boleh menambah sengat kepada bahagian serangan terutamanya apabila Gergasi Merah akan beraksi di Asia.
Faisal boleh mencipta gandingan hebat dengan Saddil.
Saddil mampu menjadi pelengkap kepada taktikal Katsuhito Kinoshi dengan meletakkan pemain itu di bahagian kanan sementara Faisal bergerak sebagai sayap kiri.
Bayangkan apabila kedua-dua pemain itu bergabung, pastinya akan meletup!
Hebat ketika bola mati
Satu kelemahan yang dimiliki Selangor pada musim ini adalah mereka tidak mempunyai pemain yang benar-benar berkualiti ketika situasi sepakan percuma.
Oleh itu, Selangor banyak melepaskan beberapa peluang keemasan ketika mampu mendapatkan jaringan dari situasi bola mati.
Saddil dilihat boleh membantu menyelesaikan situasi tersebut. Dengan ibarat mempunyai magis di kaki kirinya, Saddil mampu menyumbat bola ke jaring lawan semasa situasi sepakan percuma.
Masa depan Saddil masih tergantung dan jika Selangor bertindak pantas, mereka mungkin berjaya mendapatkan pemain berkualiti yang mampu menguatkan skuad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram