Momen luar biasa Kalamullah-Safawi Rasid cabar Jese rebut gelaran POTM Liga Super


  • Podium
  • Isnin, 14 Apr 2025

Kalamullah (kiri) dan Safawi (kanan) antara calon POTM Liga Super bagi Februari.

DUA bintang tempatan, Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC) dan Safawi Rasid (Terengganu FC) berebut gelaran Pemain Terbaik Bulanan (POTM) Liga Super bagi Februari.

Mereka berdepan tiga lagi pencabar, salah satunya adalah bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue dan penyerang Kuching City FC iaitu Jordan Mintah.

Persembahan Kalamullah dan Safawi pada Februari begitu penting buat kelab masing-masing dalam dan ia tidak dipandang sepi.

BACA LAGI: Kalamullah sedar perlu segera beri impak untuk dipilih jadi GK no.1 HM

BACA LAGI: Calon warisan HM dirisik kelab liga bawahan, akui kagum lihat Arif, Safawi

Bagi Kalamullah, persembahan penjaga gol itu penting dalam membantu Selangor untuk tidak tewas dalam dua aksi Liga Super pada Februari bertemu Sri Pahang FC dan Sabah FC.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu mencatatkan nirbolos (clean sheet) dalam kedua-dua perlawanan sekali gus membantu Selangor mempeunyai rekod baik dalam liga.

Lebih-lebih lagi, persembahan ketika bertemu Sabah cukup penting apabila Kalamullah berjaya menyelamatkan sepakan penalti Darren Lok sekali gus membantu Selangor menghampiri slot Asia musim depan.

Sementara bagi Safawi pula, sumbangannya buat Terengganu pada Februari membantu kelabnya untuk tidak tewas dalam tiga perlawanan liga.

Daripada lima aksi Liga Super diharungi mereka, Terengganu cuma kalah sekali daripada empat perlawanan. Skuad Penyu menewaskan Negeri Sembilan FC (2-0), Sri Pahang (5-1) dan seri 2-2 semasa bertemu Kuching City. Satu lagi perlawanan adalah kekalahan 1-2 kepada KL City.

Dalam aksi bertemu Sri Pahang, Safawi turut berada dalam senarai penjaring dalam membantu Terengganu memperoleh kemenangan terbesar mereka musim ini.

Undian masih berjalan dengan penyokong boleh mengundi di laman rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan klik di sini.

Penyokong boleh mengundi sehingga tengah malam Isnin untuk memilih pemain kegemaran masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram