Bantu Kedah tamat badi kalah, Wan Syazmin terkejut gaya intensiti tinggi Sabah


  • Podium
  • Isnin, 14 Apr 2025

Syazmin beraksi baik dalam memastikan Kedah berjaya mengikat Sabah.

PENJAGA gol Kedah Darul Aman FC, Wan Syazmin Wan Rozaimi mempamer persembahan baik ketika kelabnya berjaya mengikat Sabah FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

Persembahan Syazmin itu berjaya membantu Kedah untuk keluar daripada rekod buruk enam kekalahan berturut-turut ditambah ketika beraksi di laman sendiri buat kali terakhir.

Malah, dalam rekod kekalahan itu, Kedah turut memboloskan 12 gol dalam dua perlawanan ketika kalah 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan 0-6 semasa bertemu Sri Pahang FC.

BACA LAGI: [VIDEO] Berpeluh ikat Kedah bukti Sabah tak boleh hilang Daniel Ting

BACA LAGI: 'Kita cukup dihormati waktu itu', Sandro terkenang era kegemilangan Kedah

Syazmin (kiri) cuba menghalang percubaan oleh Darren Lok (jersi biru).

Syazmin ternyata puas dengan persembahannya apabila berjaya mengekang Sabah yang dalam misi mengejar tempat ketiga Liga Super.

Namun begitu, penjaga gol tersebut tidak menyangka betapa tinggi tahap intesiti ditonjolkan oleh Sabah dalam menyerang dan memperoleh kemenangan.

"Kami tidak boleh beraksi di tahap yang sama seperti Sabah, tapi semangat tinggi membantu kami untuk terus berjuang.

"Sabah adalah kelab yang kuat kerana mempunyai pemain luar yang berkualiti, tetapi apabila perlawanan berlangsung, kami semakin yakin.

"Kami mungkin semakin letih menuju penghujung perlawanan, tapi kami kekal bersemangat dan saling menyokong antara satu sama lain menjelang wisel penamat," jelas Syazmin.

Kedah pada mulanya mendahului menerusi sepakan penalti Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-16 sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang dari jarak 20 meter semasa babak kedua.

Keputusan seri itu membantutkan usaha Sabah untuk mengesahkan tempat ketiga Liga Super yang sedang dikuasai mereka berbaki satu perlawanan.

Mereka perlu mengharapkan JDT menewaskan Kuching City FC pada Rabu untuk memastikan kedudukan ketiga milik mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram