[VIDEO] Spekulasi masa depan Van Dijk bertambah panas, cium logo Liverpool lepas sumbat gol kemenangan


  • Podium
  • Isnin, 14 Apr 2025

Van Dijk (kiri) meraikan golnya bertemu West Ham United.

LIVERPOOL kini begitu hampir dengan gelaran liga ke-20 mereka selepas berjaya menundukkan West Ham United 2-1 di laman sendiri pada Ahad.

Dengan kemenangan itu, ia membuatkan skuad Arne Slot cuma memerlukan dua kemenangan untuk memastikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sah menjadi milik mereka.

Akan tetapi, Liverpool berdepan detik cemas dalam meraih kemenangan walaupun mendahului menerusi Luis Diaz pada separuh masa pertama.

BACA LAGI: Makin kerap buat silap, Arne Slot nafi Van Dijk berdepan masalah prestasi

BACA LAGI: Salah-Van Dijk ‘sign’ kontrak 2 tahun, tolak tawaran lumayan kelab Arab Saudi

Hal ini kerana, menjelang tamat perlawanan, Andy Robertson tertolak bola ke gawang sendiri hasil daripada salah faham pemain itu dengan ketua pasukan, Virgil van Dijk.

Mujur buat Liverpool apabila Van Dijk kemudiannya menanduk masuk bola sepakan penjuru Alexis Mac Allister untuk membolehkan The Reds kembali di depan sekali gus meraih kemenangan.

Ia merupakan detik yang memuaskan Van Dijk, selepas dia melakukan kesilapan hingga rakannya menjadi mangsa, pertahanan tengah itu bangkit untuk meraih kemenangan buat kelabnya.

Ketika meraikan gol, Van Dijk kelihatan mencium logo Liverpool pada jersinya di hadapan penyokong yang sedang meraikan detik itu.

Ia menimbulkan spekulasi, adakah itu adalah mesej Van Dijk kepada penyokong Liverpool yang dia akan kekal di kelab dan melanjutkan kontraknya? Umum mengetahui kontrak Van Dijk akan tamat pada akhir musim 2024/2025.

Namun dengan tindakannya itu, ibarat memberikan hint dirinya akan mengikut jejak Mohamed Salah yang mengikat kontrak baharu.

Sebelum ini, terdapat pelbagai laporan menyebut Van Dijk bersedia untuk terus setia bersama Liverpool namun kelab masih belum mengesahkannya lagi.

Andai keraian itu adalah simbolik kepada tanda dia akan kekal dia kelab, maka ia satu perkara yang amat diterima baik oleh penyokong Liverpool. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram