G Saravanan hidap MND, penyakit serupa seperti Mokhtar Dahari


  • Podium
  • Selasa, 15 Apr 2025

Saravanan (kiri) merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998.

PEMENANG pingat emas acara jalan kaki Sukan Komanwel 98 (SUKOM 98), G. Saravanan dilaporkan menghidapi penyakit Motor Neurone Disease (MND).

Memetik laporan Stadium Astro, Saravanan yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur menghidap penyakit serupa menyerang legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ketika ini, keadaan Saravanan masih belum dapat dipastikan sama ada kritikal atau tidak. Namun begitu, pemantauan sedang dijalankan bagi memastikan situasinya terkawal.

BACA LAGI: Pingat dirampas tanpa bukti, jurulatih kecewa atlet Semporna jadi mangsa berat sebelah juri MSSD

BACA LAGI: SSN dominasi 42 rekod baharu MSSD Hulu Selangor, kuasai acara balapan dan padang

Saravanan menghidap penyakit MND. — Stadium Astro

Penghidap penyakit MND berdepan situasi di mana otot akan menjadi semakin lemah. Situasi tersebut akan menjadi semakin parah dari masa ke masa dan boleh memendekkan hayat pesakit dalam beberapa bulan atau tahun.

Lebih malang, penyakit MND masih lagi belum dapat ditemukan penawarnya.

Pada SUKOM 98, Saravanan membanggakan negara apabila meraih pingat emas acara 50 kilometer jalan kaki kategori lelaki. Kejayaan Saravanan itu membantu Malaysia meraih 10 pingat emas pada temasya tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram