
PERSEMBAHAN cemerlang bintang Kuching City FC, Jordan Mintah berjaya membolehkan dia dipilih sebagai pemain terbaik bulanan (POTM) Liga Super bagi Februari.
Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa, penyerang itu menewaskan empat lagi calon iaitu Safawi Rasid (Terengganu FC), Jese Rodriguez (Johor Darul Ta'zim), Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC).
Lebih menarik, Mintah menewaskan kesemua empat pencabarnya dengan penuh berjaya apabila memperoleh hampir 60 peratus undian daripada penyokong.
BACA LAGI: [VIDEO] Cedera lepas ledak hatrik, fans The Cats risau keadaan Jordan Mintah
BACA LAGI: Momen luar biasa Kalamullah-Safawi Rasid cabar Jese rebut gelaran POTM Liga Super
Mintah memperoleh undian sebanyak 53.43 peratus, jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu Kalamullah yang meraih 20.29 peratus.
Safawi berada di tempat ketiga dengan 11.14 peratus sambil Jese dan Josue kedua-duanya memperoleh undian di bawah 10 peratus.
Jese di tempat keempat dengan 8.00 peratus sementara Josue di kedudukan tercorot dengan 7.14 peratus.
Persembahan Mintah pada Februari dengan menjaringkan lima gol termasuk meraih hatrik semasa bertemu Kelantan Darul Naim FC pada 26 Februari.
Kejayaan Mintah itu berjaya menaikkan reputasinya dari seorang 'budak nakal' Liga Super kepada penyerang berbisa di bawah kendalian Aidil Sharin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram