
PERANG psikologi antara pemain Manchester United, Andre Onana dengan bintang Olympique Lyonnais (Lyon), Nemanja Matic dilihat tidak akan berakhir.
Namun begitu, perang tersebut dilihat dimenangi oleh Matic selepas melihat persembahan teruk Onana dalam Liga Europa (UEL) menentang Lyon pada Khamis.
Pada aksi suku akhir pertama yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, Onana melakukan kesilapan yang kemudiannya membolehkan Lyon menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan.
BACA LAGI: Manchester United dah jumpa pengganti Andre Onana
Rating Onana yang begitu rendah selepas perlawanan.
Dalam siaran di media sosialnya lepas perlawanan, Matic memuat naik gambar rating perlawanan yang menunjukkan betapa rendahnya markah diperoleh Onana.
Onana meraih ratihg serendah 4.4/10 selepas perlawanan dan itu menarik perhatian Matic untuk terus 'menembak' penjaga gol itu.
Matic berkata, "dah kata dah" sambil meletakkan emoji ketawa. Ia merujuk kepada komen pemain Serbia itu melabel Onana sebagai penjaga gol paling buruk dalam sejarah moden United.
Hingga kini, Onana tidak memberikan sebarang respons. Ia membuatkan Matic muncul sebagai pemenang dalam perang saraf menentang Onana.
Namun begitu, perang tersebut pastinya belum berakhir kerana kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di Old Trafford, England untuk aksi timbal balik pada 18 April.
Dengan kedudukan 2-2, permainan masih terbuka untuk kedua-dua kelab layak ke separuh akhir.
Seandainya Lyon tewas, bayangkan tembakan yang bakal dilancarkan oleh Onana terhadap Matic selepas perlawanan. Pastinya, drama untuk perlawanan tersebut belum reda panasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram