
PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menonjolkan kekuatan mereka apabila menumpaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis.
Kemenangan 9-0 Harimau Selatan ke atas Sang Kijang Emas membolehkan mereka meneruskan rekod cemerlang di peringkat domestik sambil menanti hari menjulang kejuaraan Liga Super.
Segalanya indah belaka buat JDT, namun cerita berbeza buat KDN yang terus dipukul dengan realiti menyakitkan.
BACA LAGI: ‘Nak aku tunggu sampai bila?’ winger KDN luah rasa kecewa sikap lepas tangan pengurusan
Kekalahan besar itu menambah luka kepada musim sukar buat kelab Pantai Timur tersebut. Ditambah dengan masalah kewangan melibatkan kelab Kelantan itu.
Walaupun sakit melihat kelab dibelasah teruk, namun penyokong KDN dilihat masih setia menyokong walaupun terseksa.
Perkongsian di TikTok milik Nick Ajam menunjukkan seorang penyokong KDN masih teguh melihat siaran langsung aksi bertemu JDT di kedai makan dengan tenang.
Walaupun ketika itu, JDT sudah pun mendahului 7-0, namun pemuda itu yang terpukau melihat persembahan cemerlang Harimau Selatan membelasah kelab kesayangnya.
Dalam masa yang sama, persembahan cemerlang JDT itu turut diperhatikan oleh bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Faisal yang turut berada di kedai makan tersebut dilihat terpukau dengan persembahan JDT membelasah KDN dalam perjalanan mereka merangkul satu lagi gelaran Liga Super.
Dalam kemenangan 9-0 JDT itu, Bergson da Silva menjaringkan lima gol dengan Romel Morales meledak jaringan berganda.
Sambil itu, Shahrul Saad dan Safiq Rahim turut menyertai senarai penjaring. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram