[VIDEO] Berpeluh ikat Kedah bukti Sabah tak boleh hilang Daniel Ting


  • Podium
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Sabah FC berjaya mencuri satu mata di Stadium Darul Aman selepas mengikat KDA FC menerusi jaringan roket Darren Lok.

PENYERANG Sabah FC, Darren Lok muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61, sekali gus memadam kelebihan awal Kedah Darul Aman FC yang sebelum itu mendahului perlawanan.

Kedah bermula cemerlang apabila Amirul Hisyam Awang Kechik membuka tirai jaringan seawal minit ke-17 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah.

Walaupun pasukan tuan rumah menguasai sebahagian besar permainan dengan serangan bertali arus ke kubu Sabah, mereka gagal mengekalkan kelebihan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Kedah perlu selesai tunggakan gaji sebelum 30 April

BACA LAGI: [VIDEO] 'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship

Sabah yang tampak kurang menyerlah pada awal perlawanan, bangkit dengan semangat juang untuk memastikan mereka tidak pulang ke Likas dengan tangan kosong.

Jaringan Darren Lok itu bukan sahaja menyelamatkan maruah Sabah, malah terus memaksa Kedah menelan kekecewaan di laman sendiri.

Keputusan seri 1-1 itu menyaksikan kedua-dua pasukan berjaya mencuri satu mata dalam memperbaiki kedudukan carta liga.

Dengan keputusan seri itu, ramai penyokong Sang Badak merasakan ketiadaan tonggak utama Harimau Malaya, Daniel Ting, telah memberi kesan ketara terhadap corak permainan Sabah yang dilihat agak longlai.

Kehadiran Daniel Ting sebelum ini sememangnya memberi impak besar, khususnya dalam membantu pasukan mencipta lebih banyak peluang dan menambah kekuatan di bahagian pertahanan serta serangan.

"Nampak sudah Sabah mcam mana tanpa Saddil, Danial Ting, kalau tak kena sambung kontrak musim depan, tak tahulah apa nasib Sabah FC," kata Sikubung Generation.

"Tiada Daniel Ting, tak cantik corak permainan Sabah, memang Sabah perlukan Daniel Ting," kata Arnold.

"Kalau tiada Daniel Ting, tahulah nanti nasib Sabah macam mana kan, betul-betul tak cantik corak permainan," kata Randy.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram