'Terima kasih TMJ', Mark Milligan tinggalkan Harimau Malaya, cuma sempat satu perlawanan


  • Podium
  • Khamis, 10 Apr 2025

Milligan (kiri) tinggalkan kem Harimau Malaya selepas satu perlawanan.

PEMBANTU jurulatih skuad Malaysia, Mark Milligan melepaskan jawatannya selepas membantu Peter Cklamovski dalam satu perlawanan kompetitif.

Dalam kenyataan pada Khamis, jurulatih dari Australia itu mengesahkan pemergian bekas bintang Socceroos itu dengan mengatakan sumbangan Milligan adalah besar walaupun bersama untuk satu perlawanan.

"Sungguhpun tempohnya singkat, beliau membantu langkah pertama bagi tempoh penting untuk persiapan aksi Malaysia menentang Nepal," jela Cklamovski.

BACA LAGI: 'Jodoh tak panjang', Milligan dilaporkan tinggalkan Harimau Malaya

BACA LAGI: [VIDEO] Penuh pengalaman di Asia, Mark Milligan rasmi 'assistant' Peter Cklamovski kemudi Harimau Malaysia

Bagi Milligan pula, pengalaman singkatnya bersama Malaysia mengajarnya cabaran berada dalam sebuah pasukan profesional.

Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang untuk bekerjasama dengan Harimau Malaya.

"Saya amat berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor kerana memberi saya peluang untuk bekerjasama dengan Peter Cklamovski dan seluruh kakitangan skuad kebangsaan.

"Diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan profesional seperti ini telah banyak mengajar saya.

"Pengalaman dan tahap profesionalisme di peringkat elit ini adalah sesuatu yang saya hanya dapat harapkan dan impikan untuk mencapai dalam perjalanan saya ke hadapan," jelasnya. 

Destinasi seterusnya bagi Milligan masih belum diketahui dengan dia dijangka akan meneruskan karier dalam kejurulatihan.

Sementara itu, masih belum dapat dipastikan sama ada Cklamovski mahu mendapatkan pembantu baharu atau tidak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram