
SABAH FC boleh menarik nafas lega apabila berjaya menguatkan cengkaman ke afas posisi ketiga Liga Super selepas menewaskan PDRM FC pada Selasa.
Kemenangan 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu membolehkan Sabah terus selesa menduduki tangga ketiga sekali gus menafikan peluang Kuching City FC dan Terengganu FC yang mengejar.
Gol oleh Dominic Tan pada separuh masa pertama membolehkan Sabah meraih kemenangan walaupun berdepan kritikan penyokong.
BACA LAGI: Legenda Sabah mahu kembalikan gaya OKS, percaya Saddil kunci The Rhinos buru tangga ke-3
BACA LAGI: 'Setia itu mahal', bintang Kedah-Sabah-Sri Pahang paling lama tak berhijrah dalam Liga Super
Walaupun menang terutama sekali di laman sendiri, Sabah dilihat begitu tumpul apabila pelbagai serangan tidak membuahkan hasil.
Jentera serangan Sabah dilihat mengecewakan walaupun diterajui oleh Darren Lok dan Saddil Ramdani gagal menembusi pintu gol Sang Saka Biru.
Sabah terpaksa berharap pemain pertahanan untuk meraih kemenangan dan situasi itu jelas kurang disenangi oleh penyokong.
Walaupun kedudukan tempat ketiga hampir pasti milik mereka, ketumpulan jentera serangan menjadi kegusaran dan pengurusan Sabah harus mengatasinya pada musim depan.
“Sungguh ketara kita tak ada penyudah. Bila bola sampai di atas macam tak ada penghujung. Tak ada yang lapar mahukan jaringan,” kata penyokong bernama Ahmad Zubair.
“Pertahanan juga yang menjaringkan gol,” Jack Jamir meluahkan kekesalan.
“Apa-apa pun tahniah dapat tiga mata. Banyak peluang tapi tumpul, R. Dinesh pun banyak buat silap,” jelas Seffie SP. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram