
KEDAH Darul Aman FC terus dipalit derita menjelang penamat musim Liga Super apabila mereka terus menjadi mangsa belasahan.
Dalam aksi bertemu Sri Pahang FC, skuad Sang Kenari menjadi mangsa belasahan finalis Piala Malaysia itu apabila mereka dibelasah 0-6 dalam pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran, Temerloh, Temerloh pada Selasa.
Ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama, skuad kendalian Victor Andrag kemudiannya memboloskan empat lagi gol pada 45 minit kedua.
BACA LAGI: 'Setia itu mahal', bintang Kedah-Sabah-Sri Pahang paling lama tak berhijrah dalam Liga Super
BACA LAGI: Beri jersi kepada Tengku Mahkota Pahang, Tok Gajah bakal rekrut import Nepal musim depan?
Sri Pahang berpesta mengalahkan Kedah di Temerloh.
Jaringan berganda oleh Sergio Aguero, Aleksandar Cvetkovic, T. Saravanan, gol sendiri Fadzrul Danel dan jaringan Stefando Brundo menghadiahkan kemenangan cukup istimewa buat Fandi Ahmad.
Kemenangan itu membolehkan Sri Pahang dalam keadaan yang baik menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Namun begitu, ia ibarat derita tanpa penghujung buat Kedah yang menghadapi masalah di luar dan dalam padang.
Kekalahan besar itu membuatkan penyokong menghitung hari menantikan tamatnya Liga Super musim 2024/2025 kerana terlalu terseksa menyaksikan Sang Kenari sering ditumbangkan.
"Bila liga nak habih ni? Rasa macam panjang pula musim ini," kata penyokong bernama Mohd Ikhwan.
Penderitaan Kedah itu bakal berakhir dalam dua perlawanan lagi apabila mereka akan berdepan Sabah FC dan Terengganu FC.
Namun menentang kedua-dua kelab yang berada di posisi atasan liga, pastinya aksi sukar menanti Sang Kenari dalam menamat musim penuh derita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram