
TEKA-TEKI pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Mark Milligan sebagai individu yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pau Marti pada Jumaat (21 Februari).
Menerusi hantaran klip video terbaharu di platform media rasmi, FAM memperkenalkan Milligan yang merupakan bekas jurulatih kelab Australia, Adelaide United.
Menurut jurulatih berusia 40 tahun itu, beliau sangat teruja untuk memulakan perjalanan baharu bersama Harimau Malaya apatah lagi selepas dihubungi oleh Peter Cklamovski.
BACA LAGI: Bukan saja Pohang, 3 lagi kelab Korea Selatan alami mimpi ngeri ketika JDT 'sambut tetamu'
BACA LAGI: Ruben Amorim dilapor mahu tinggalkan Man United, nama pengganti sudah dikenal pasti
"Saya gembira dapat berada di sini (FAM), saya rasa apabila anda mengambil peranan baharu, anda ingin berada di sana secepat mungkin dan bermula.
"Sekarang kami berada di sini dan saya sangat teruja tentang projek ini (revolusi Harimau Malaya) dan tentang menggerakan bola sepak Malaysia ke depan.
"Apabila peluang ini datang, ia merupakan peluang untuk saya berkembang dalam karier dan juga peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada sesuatu yang sangat menarik," katanya.
Milligan juga mengakui sangat memahami permainan di Asia dengan pengalamannya sebagai pemain apabila beraksi di Arab Saudi, England dan Jepun.
"Jelas sekali, banyak bola sepak telah melalui Asia. Asia Tenggara, Timur Tengah dan sebagainya.
"Jadi, saya rasa pemahaman saya tentang kawasan (Asia) dan sepak bola yang dimainkan, bukan sahaja sepak bola Malaysia,tetapi sepak bola Asia secara keseluruhannya, akan sangat membantu.
"Jelas sekali, pengalaman dalam pertandingan besar dan bermain dalam cuaca yang berbeza dan sebagainya. Jadi, apabila kita sangat fokus pada cara kita mahu pasukan kita memainkan permainan, saya rasa pemahaman bagaimana seluruh kawasan berkaitan dengan sepak bola Asia akan sangat membantu, bukan sahaja dalam persiapan, tetapi juga dalam berjaya.
"Saya rasa (Malaysia) ada banyak potensi. Saya rasa ada pemain yang sangat berpengalaman yang sedang bermain di Malaysia, tetapi juga lebih menarik, ada beberapa pemain muda yang sangat menarik dan kami sangat bertuah untuk melihatnya di stadium dan semasa perlawanan," jelasnya.
Untuk maklumat, sebelum bersara dari pentas profesional, Milligan telah beraksi bersama 10 kelab di benua Asia (Australia, Jepun, China dan Arab Saudi) serta England.
Kemuncak karier Milligan adalah ketika bersama Melbourne Victory apabila dia membantu pasukan itu menjuarai Piala Australia pada musim 2014/25 dan 2017/18.
Selain itu, bekas bek tengah The Socceroos itu juga menjuarai Piala Asia 2015 selepas membantu Australia menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 2-1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram