Misi 6 mata penting, Wan Rohaimi optimis Penang tamatkan saingan Liga Super di tangga ke-7


  • Podium
  • Isnin, 07 Apr 2025

Rafael Vitor (depan) meraikan jaringannya bertemu Negeri Sembilan.

SELEPAS berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu, Harimau Kumbang dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan tertinggi dalam liga musim ini.

Harimau Kumbang berpotensi menamatkan saingan liga di tempat ketujuh namun mereka mesti menang baki dua perlawanan bertemu Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC.

Kemenangan 2-0 yang diraih mereka di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi membuatkan pengendali Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail berasa yakin dengan skuadnya.

BACA LAGI: Sama-sama berbincang, pengurus Penang bagi 'hint' bintang Colombia dalam radar Harimau Kumbang

BACA LAGI: Sebelum ke Liga Super, ‘ubi muda’ Penang, Pahang, Terengganu dulunya beraksi di Piala MFL

Wan Rohaimi Wan Ismail.

Gol oleh Rahmat Makasuf dan Rafael Vitor membantu Penang mengatasi seteru zon bawahan liga mereka dalam misi mendaki kedudukan lebih baik.

Sungguh pun begitu, Wan Rohaimi tetap berasakan masih ada yang perlu dibaiki oleh skuadnya untuk memastikan misi enam mata berjaya dilaksanakan.

"Kami meraih tiga mata hasil usaha yang cukup baik. Kami berjuang sehingga wisel penamat walaupun Negeri Sembilan memberikan tentangan hebat.

"Kami ada seminggu untuk bersedia untuk perlawanan seterusnya (bertemu KL City). Walaupun kami menewaskan Negeri Sembilan, saya tidak boleh katakan yang kami sempurna. Saya masih mahu membetulkan beberapa perkara dalam corak permainan kami.

"Kedudukan tertinggi yang boleh kami tuju adalah tempat ketujuh, dan ia boleh menjadi satu perkembangan baik buat pasukan jika berjaya melakukannya," jelas Wan Rohaimi.

Jika misi itu berjaya diraih, ia menjadikan musim Penang lebih baik berbanding edisi lalu di mana mereka menduduki tempat ke-10 pada Liga Super 2023. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram