Bangladesh pertimbang sertai AFF, fans Harimau Malaya tak gentar selagi tak rekrut bintang warisan


  • Podium
  • Isnin, 07 Apr 2025

Bangladesh menyatakan kesediaan untuk menjadi pesaing Malaysia di Asia Tenggara

LANDSKAP bola sepak Asia Tenggara dilihat akan mengalami perubahan selepas salah sebuah negara Asia Selatan mahu menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

Salah sebuah negara Asia Selatan iaitu Bangladesh sedang mempertimbang untuk meninggalkan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) untuk menyertai AFF sebagai ahli ke-13 mereka.

Bangladesh dikatakan mahu mencari platform yang lebih kompetitif selari dengan aspirasi negara itu untuk maju dalam sukan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain warisan baharu dikesan beraksi di Liga Bangladesh

BACA LAGI: Lepas Harimau Malaya ikat Syria, giliran 'adik' cipta momen manis kecewakan Bangladesh

Ketua penasihat bola sepak Bangladesh, Muhammad Yunus yang berkunjung ke Bangkok, Thailand berkata yang masa depan bola sepak negara itu terlihat di Asia Tenggara.

"Di sini masa depan kami terletak," kata Yunus.

Cita-cita Bangladesh adalah mahu menjadi lebih maju dalam bola sepak dan mereka melihat Asia Tenggara sebagai tempat terbaik untuk mereka menjadi lebih baik.

Bola sepak di Asia Tenggara dilihat lebih kompetitif berbanding Asia Selatan yang dianggotai oleh negara-negara seperti India, Pakistan dan Nepal. Tambahan pula, sukan kritket dilihat lebih popular dan maju di Asia Selatan membuatkan bola sepak terkebelakang dekat rantau itu.

Bagi menjadikan ia suatu realiti, Bangladesh dilaporkan akan berbincang dengan wakil Thailand, Malaysia dan Indonesia bagi memastikan penyertaan mereka ke AFF satu realiti.

Sekiranya terjadi, Bangladesh bakal jadi ahli kedua dari luar Asia Tenggara yang menyertai AFF. Sebelum ini, gergasi Oceania iaitu Australia yang menyertai badan induk bola sepak Asia Tenggara itu pada 2013.

Skuad bola sepak kebangsaan Bangladesh kini di tangga ke-183 ranking FIFA, jauh di belakang skuad harimau Malaya di tangga ke-131.

Tak hairanlah, hasrat Bangladesh tidak menggusarkan hati fans skuad kebangsaan, melainkan mereka juga merekrut bintang warisan selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram