Semarakkan bola sepak wanita, Selangor FC pertama kali tubuh 2 pasukan bagi WSL 2025


  • Podium
  • Selasa, 08 Apr 2025

Selangor menghantar dua pasukan wanita bagi kejohanan WSL 2025.

SELANGOR FC mengesahkan penyertaan dua pasukan dalam FAS Women's Super League (WSL) 2025, menandakan komitmen mereka dalam memajukan bola sepak wanita di negeri ini.

Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Pelancaran dan Cabutan Undian WSL pada Mac lalu di Grand Ballroom Wyndham Acmar. ​

WSL edisi 2025 menyaksikan peningkatan jumlah pasukan yang bertanding, mencerminkan pertumbuhan dan minat yang semakin meningkat dalam bola sepak wanita di Selangor.

BACA LAGI: [VIDEO] Hadiah lukisan 'air tangan' bapa hidap penyakit neuron motor untuk Nadia buat ramai sebak

BACA LAGI: Bekas kru kabin sanggup tak ambil gaji setahun, kakak dan adik 'rolling' modal kembang bisnes tudung

Selangor FC Women akan dibarisi rata-ratanya pemain senior yang sudah bersama Selangor dalam kempen Liga Wanita Kebangsaan 2024 musim lalu.

Sementara itu, Selangor Red Giants Women pula dibarisi pemain-pemain muda juga merupakan pasukan akar umbi buat Gergasi Merah pada masa akan datang.

Penyertaan dua pasukan Selangor dalam WSL 2025 menunjukkan dedikasi kelab tersebut memperkukuhkan pembangunan bola sepak wanita dan menyediakan platform yang lebih luas untuk pemain wanita mempamerkan bakat mereka.

Langkah itu diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan daya saing liga serta menarik lebih banyak perhatian terhadap sukan ini di peringkat negeri dan nasional.

Untuk info, WSL 2025 telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac 2025, menandakan permulaan musim keempat dengan penyertaan 16 pasukan terbaik dari seluruh Malaysia.

Dalam majlis tersebut, 16 pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan, masing-masing terdiri daripada lapan pasukan.

Selain itu, pelancaran Women's FA Cup turut diumumkan, yang mana 16 pasukan itu akan bersaing merebut kejuaraan dalam pertandingan berprestij tersebut. ​

Penyertaan aktif dan komitmen tinggi daripada semua pasukan mencerminkan perkembangan positif bola sepak wanita di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram