
DALAM era di mana majlis perkahwinan semakin mencerminkan gaya hidup moden dan peribadi, The Saujana Hotel Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan untuk pakej perkahwinan yang direka khas.
Terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam tempahan majlis perkahwinan bagi 2025, menjadikan The Saujana Hotel Kuala Lumpur antara lokasi paling diminati di Malaysia untuk pasangan tempatan dan antarabangsa.
Menurut laporan industri terkini, semakin ramai pasangan kini memilih konsep perkahwinan yang bersifat peribadi dan berpengalaman, dengan penekanan kepada elemen semula jadi, kesejahteraan dan keaslian budaya.
BACA LAGI: The Gunners bentang pelan hebat, Man United gigit jari, terlepas khidmat Gyokeres
BACA LAGI: Beri jersi kepada Tengku Mahkota Pahang, Tok Gajah bakal rekrut import Nepal musim depan?
Elemen taman sekitar The Saujana Hotel Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat daripada pasangan.
Sejajar dengan trend itu, The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah menaik taraf tawaran pakej perkahwinannya dengan pelbagai pilihan menarik.
Antara tarikan utama ialah majlis perkahwinan bertemakan taman yang diadakan di ruang terbuka, upacara pernikahan secara peribadi di tepi tasik, serta majlis kenduri yang lebih fleksibel dan santai.
Konsep kenduri itu membolehkan tetamu hadir dalam sesi yang berperingkat sambil menikmati suasana yang meriah dan mesra.
Semakin ramai pasangan memilih konsep perkahwinan dengan penekanan kepada elemen semula jadi.
Dengan landskap hijau yang memukau, suasana tenang serta kemudahan bertaraf lima bintang, The Saujana Hotel Kuala Lumpur bukan sahaja memenuhi cita rasa moden, malah mengekalkan unsur tradisi yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Gabungan itu menjadikannya pilihan ideal bagi pasangan yang inginkan sesuatu yang berbeza, eksklusif dan bermakna dalam meraikan detik istimewa mereka.
Konsep kenduri bertemakan taman di ruang terbuka, upacara pernikahan secara peribadi di tepi tasik, serta majlis kenduri yang fleksibel dan santai turut menjadi pilihan beberapa selebriti terkenal Malaysia.
Konsep ala taman Inggeris menjadi pilihan Anzalna dalam majlis perkahwinannya pada 2016.
Antara selebriti yang memilih majlis bertemakan taman ialah pelakon, Anzalna Nasir yang tampil anggun dalam majlis perkahwinannya yang dikelilingi bunga segar dan dekorasi ala taman Inggeris pada 2016.
Konsep itu memberikan suasana santai, romantik dan mesra alam jauh dari hiruk-pikuk majlis formal di dewan besar.
Penyanyi terkenal Shila Amzah dan suaminya, Ubai Mz pula memilih lokasi unik Boathouse by the Lake di Ampang sebagai tempat berlangsungnya majlis pernikahan mereka pada 2023.
Shila memilih lokasi unik Boathouse by the Lake di Ampang untuk menggambarkan konsep “intimate lakeside ceremony” yang kini semakin popular.
Dengan latar belakang tasik yang damai dan hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat, majlis ini cukup menggambarkan konsep “intimate lakeside ceremony” yang kini semakin popular.
Manakala, pasangan usahawan Chryseis Tan dan Faliq Nasimuddin pula membawa konsep itu ke peringkat antarabangsa apabila mereka bernikah di Four Seasons Kyoto, Jepun pada 2018.
Dua merpati sejoli itu dikelilingi taman Zen dan kolam koi berusia 800 tahun, menjadikan suasana amat eksklusif dan spiritual.
Sementara itu, pelakon dan usahawan Elfira Loy memperkenalkan konsep resepsi gaya kenduri yang lebih inklusif dan santai pada 2019.
Konsep resepsi gaya kenduri yang lebih inklusif dan santai turut mendapat tempat di hati orang ramai.
Dengan susunan waktu yang lebih fleksibel, tetamu hadir secara berperingkat sambil menikmati hidangan dalam suasana yang mesra dan tidak terlalu padat satu pendekatan yang semakin diminati, terutamanya selepas pandemik.
Konsep-konsep itu menunjukkan bahawa majlis perkahwinan kini bukan lagi sekadar soal kemewahan, tetapi tentang mencipta pengalaman yang lebih dekat di hati sama ada dalam suasana alam semula jadi, majlis tertutup yang intim, atau kenduri kampung yang meriah tapi santai.
Bagi pasangan yang sedang merancang perkahwinan, inspirasi daripada selebriti dan pempengaruh boleh dijadikan panduan disesuaikan mengikut citarasa dan jiwa anda, The Saujana Hotel Kuala Lumpur antara lokasi yang ideal untuk merealisasikan konsep tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram