The Gunners bentang pelan hebat, Man United gigit jari, terlepas khidmat Gyokeres


  • Podium
  • Ahad, 06 Apr 2025

United gagal membawa Gyokeres ke Old Trafford. — Agensi

MANCHESTER United bakal terlepas peluang untuk mendapatkan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres, selepas laporan mengatakan bahawa dia telah pun memberi persetujuan untuk menyertai Arsenal musim depan.

Penyerang itu merupakan salah satu sasaran utama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Sebelum ini, Gyokeres bekerja dengan Ruben Amorim di Portugal selepas dibeli dari Coventry City.

BACA LAGI: Beri jersi kepada Tengku Mahkota Pahang, Tok Gajah bakal rekrut import Nepal musim depan?

BACA LAGI: Pemilik Man City pernah dapatkan khidmat bintang Selangor

Selepas musim pertama yang cemerlang di Sporting Lisbon, dengan menjaringkan 43 gol dalam 50 perlawanan, Gyokeres terus menunjukkan prestasi luar biasa dengan 43 gol dalam 43 penampilan musim ini.

Dia akan meninggalkan Lisbon pada musim panas ini dengan United dan beberapa pasukan gergasi telah menunjukkan minat.

United amat memerlukan tambahan kekuatan serangan dengan Joshua Zirkzee dan Rasmus Hojlund yang kini sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Laporan media menyatakan bahawa skuad Amorim telah mempertimbangkan pilihan penyerang lain, dengan Liam Delap dan Victor Osimhen berkemungkinan untuk berpindah ke Old Trafford.

Kini, Correio da Manha melaporkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu telah memberikan persetujuan kepada projek yang dibentangkan oleh Arsenal melalui pengarah sukan yang baharu dilantik, Andrea Berta.

Laporan itu menambah bahawa Berta memainkan peranan penting dalam keputusan perpindahan tersebut selepas memutuskan untuk memberi keutamaan kepada pemain antarabangsa Sweden tersebut.

Sementara itu, United terus dikaitkan dengan penyerang tengah. Hugo Ekitike dan penyerang Ipswich, Delap sekiranya United terlepas mendapatkan khidmat Gyokeres. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram