[VIDEO] Sama macam tahun lepas, Faisal Halim teruskan tradisi beri duit raya kepada penyokong Selangor


  • Podium
  • Ahad, 06 Apr 2025

Faisal melakukan tradisi memberikan duit raya kepada penyokong untuk dua musim berturut-turut.

NAMA Faisal Halim terus menjadi kesayangan para pengikut bola sepak tempatan terutamanya penyokong Selangor FC.

Personalitinya yang mesra dan mudah didekati, serta kelincahannya di padang menyebabkan namanya menjadi antara bintang tempatan paling digemari.

Bagi penyokong Selangor, salah satu sebab mengapa mereka berasa dekat dengan Faisal adalah kerana pemain itu pernah mencuri tumpuan dengan menyerahkan duit raya selepas perlawanan.

BACA LAGI: Kemesraan TMJ-Faisal Halim hapus persepsi 'mastermind' kes simbah asid

BACA LAGI: Jika tidak dipanggil Harimau Malaya, saya tak kecewa — Faisal Halim

Tindakan murni Faisal itu menarik perhatian pada musim lepas. Tanpa disangka, pemain Harimau Malaya itu meneruskan lagi tradisinya dalam menyantuni penyokong.

Pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada Sabtu, Faisal dilihat menyerahkan sampul duit raya kepada para penyokong selepas perlawanan.

Pemain sayap itu dilihat tersenyum dan gembira ketika berbuat demikian sambil disambut mesra oleh para penyokong.

Dalam perlawanan tersebut, persembahan Faisal membolehkan dia diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan menentang bekas kelabnya itu.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Selangor dengan keputusan 1-0 hasil jaringan lewat Alvin Fortes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram