
SIASATAN pihak polis mendapati kerja-kerja penggalian yang dilakukan berhampiran paip gas meletup di Putra Heights, Selangor mengikut garis panduan ditetapkan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja penggalian yang dilakukan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights itu adalah sedalam 2.1 meter.
Laporan sebelum ini mendapati, kerja menggali itu dilakukan untuk menggantikan paip pembentungan sedia ada, 30 meter daripada tempat letupan itu berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Mujur tak ada orang', warga Kuching cemas dinding rumah kedai runtuh tiba-tiba
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru 3 suspek lelaki ragut wanita dekat 2 lokasi berbeza di Segamat
Datuk Hussein Omar Khan
"Kenyataan lanjut yang diberikan menunjukkan kerja-kerja penggalian oleh kontraktor tidak melebihi 3 meter kedalaman di sepanjang jalan dengan lebar penggalian sekitar 1.5 meter.
"Apa yang saya boleh katakan ketika ini adalah jarak kerja-kerja adalah mengikut jarak yang dibenarkan. Walaupun begitu, saluran paip yang terkesan masih perlu disiasat. Untuk itu, kami perlu mendedahkan kesemua saluran paip dari kawasan itu kepada kawasan sifar tanah (ground zero).
"Pihak polis menemui saluran paip gas itu adalah 5.6 meter bawah tanah," jelasnya.
Dalam pada itu, Hussein turut mengatakan akibat cuaca buruk, terdapat rancangan bagi memasa cerucuk untuk menanganinya kerana cuaca buruk.
Proses itu mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk disiapkan.
Ketua Polis Selangor itu turut mengesahkan tiada sebarang kerosakan pada saluran paip itu. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram