Pelajar IPTA terjejas letupan Putra Heights dibenar daftar lewat, ikuti kelas secara online


  • Primer
  • Ahad, 06 Apr 2025

PARA pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkesan dengan letupan paip gas di Putra Heights, Selangor dibenarkan untuk mengangguhkan pendaftaran pengajian mereka.

Memetik laporan Buletin TV3, mereka turut dibenarkan untuk mengikuti pengajian secara dalam talian (online) disebabkan situasi tidak mengizinkan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata, dia mengarahkan kesemua universiti awam (UA), politenik dan kolej komuniti untuk memudahkan urusan pelajar yang terkesan dengan situasi itu.

BACA LAGI: Tragedi Putra Heights: 5 kenderaan disediakan hantar anak-anak mangsa ke sekolah

BACA LAGI: Dasar wajib sekolah menengah memperkasakan sistem pendidikan negara

Datuk Prof Dr Azlinda Azman

"Universiti awam memang menawarkan fleksibiliti dan bersedia menyokong pelajar ini yang terbabit dalam tragedi letupan kebakaran paip gas berkenaan.

"Kita tidak mahu tragedi ini menyebabkan sebarang kelewatan atau mengganggu fokus mereka dalam pelajaran," jelas Azlinda.

Azlinda menerusi agensinya, Yayasan Perkasa Siswa dan Jabatan Pendidikan Tinggi menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada pelajar yang terkesan dengan insiden itu.

Bantuan yang diberikan secara serahan tunai dan pindahan ke akaun bank itu memberi manfaat kepada 70 orang pelajar UA dan juga kolej swasta.

Dalam pada itu, Azlinda turut berbincang dengan Kementerian Digital untuk memberikan bantuan berbentuk peranti terutamanya komputer riba terhadap pelajar yang terkesan.

"Perbincangan dengan Kementerian Digital perlu kerana kita tidak mahu bantuan ini bertindih, jadi kita akan mengumpulkan data dan mengenal pasti mereka yang belum menerima sebarang bantuan./

"Saya sudah mengarahkan semua universiti membantu kerana mereka tahu jumlah pelajar terbabit. Contohnya, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terdapat tujuh pelajar; lima pelajar di politeknik dan seorang pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram